Azzam Sham Berazam Untuk Mengakhiri Kontraknya Lebih Awal, Ingin Bergerak Sendiri

Shopee Sale


Penyanyi dan juga pelakon, Azzam Sham meluahkan hasrat untuk bergerak sendiri dan merancang untuk menamatkan kontrak lebih awal bersama syarikat rakamannya, MVM Music.

Nekad menamatkan kontrak

Memetik laporan Berita Harian, kontrak Azzam tamat pada Julai tahun hadapan, namun dia nekad untuk menamatkan kontraknya dengan lebih awal.

Menurut Azzam, dia sudah memaklumkan kepada labelnya, namun masih tidak mendapat sebarang jawapan lagi.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkata, ini merupakan langkah yang terbaik buatnya kerana dia tiada sebarang perkembangan sama ada dalam nyanyian mahupun lakonan.

Saya akan cuba berunding lagi, manalah tahu mereka sedia lepaskan saya lebih awal.

Saya sudah maklumkan kepada label minta dilepaskan, tapi tiada apa-apa jawapan lagi.

Daripada tiada sebarang perkembangan sama ada dalam nyanyian atau lakonan, lebih baik saya bergerak sendiri.

Tambah penyanyi berusia 26 tahun itu, dia memilih untuk menyelesaikan masalah secara baik dan tertutup tanpa sebarang gimik.

Mungkin sesetengah orang memilih untuk luahkan rasa kurang senang dalam media sosial, tapi saya pula rasa ada jalan terbaik untuk selesaikan masalah tanpa sebarang gimik.

Mudah dipijak

Azzam mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hasrat untuk mengambil pengurus bagi mengelakkan orang mengambil kesempatan terhadapnya memandangkan dia seorang yang mudah dipijak.

Saya sering rasa orang suka mengambil kesempatan atas kebaikan saya. Ramai juga yang berkata begitu, sebab itu saya mudah dipijak.

Ini adalah pembawakan diri yang saya tak boleh nak ubah.

Ramai cadangkan saya ambil pengurus untuk elak ditipu, tapi buat masa ini, belum lagi terfikir ke arah itu. Biarlah kami uruskan kerjaya sendiri dulu.

Ayah kepada seorang cahaya itu mengakui bahawa kerjaya seninya agak perlahan tetapi dia sentiasa bersyukur kerana rezekinya selepas mendirikan rumah tangga tidak pernah putus.

MENARIK:  [VIDEO] Sajat Kongsi Momen Bertemu Anak-Anak Selepas Lama Berpisah – ‘Nampak Mereka, Saya Terus Menangis’

Walaupun Azzam pernah merasai kesusahan, namun dia tidak pernah meminta daripada keluarganya kerana sudah belajar untuk berdikari sejak kecil lagi.

Alhamdulillah selepas berkahwin, rezeki bertambah. Sampai sekarang ada sahaja rezeki, kalau terdetik tiada ‘job’ tiba-tiba ada rezeki masuk.

Adalah sekali dua rasa kepayahan, tapi saya tak suka meminta-minta kerana keluarga memang ajar untuk berdikari.

Tapi mungkin berkat berkahwin, Allah sentiasa berikan rezeki mencukupi kepada kami.

Sekadar info, Azzam dan Shery Shazwanie telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2020 dan mendapat cahaya mata perempuan pada 27 November 2022.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular