‘Baby Yang Sangat Kuat, Tak Ada Alahan Sikit Pun & Normal Macam Tak Mengandung’ – Aisyah Hijanah

Shopee Sale


Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah memberitahu urusannya untuk melahirkan anak ketiga kali ini sangat mudah jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Sebak dan hargai momen ini

Menurut Aisyah, dia tidak pernah melalui perjalanan yang mudah seperti ini sepanjang hidupnya.

Alhamdulillah hikmah yang cukup besar Allah berikan untuk Aisyah dan Alif. Delivery kali ni, we both sangat sebak dan lebih menghargai setiap momen ini. Setiap saat sangatlah berharga dan apa yang boleh saya katakan ialah Subhanallah, macam anak pertama.

Waktu Khadeejah dulu, 10 hari awal daripada due date. Hassan pula on time 23/9.

Ujar Aisyah, sepanjang mengadung anak ketiga dia tidak berasa apa-apa kesakitan mahupun mengalami alahan. Tambah Aisyah, dia sempat melakukan sesi live di TikTok semalam, sebelum pergi ke hospital.

Anak ketiga ni, Aisyah memang tak rasa apa-apa. Khadeejah & Hassan senang sikit sebab keluar darah so terus pergi hospital. Baby nombor 3 ni, MasyaAllah puaslah buat macam-macam. Jalan itik sudah, squat pun sudah. Last night, ada rasa contraction tapi tak kuat during buat live di Tiktok.

Baby kali ni memang baby yang sangat kuat. Tak ada alahan sikit pun. Normal macam tak mengandung daripada awal. Ingat lagi, siap panjat puncak Rawa.

Aisyah selalu doa “Ya Allah jadikan proses bersalin normal, tidak sakit dan bayi yang senang dijaga”. Alhamdulillah, memang waktu Aisyah buat live Tiktok last night, dah rasa contraction, tapi tak sakit. Habiskan live, makan kejap dan then terus siap-siap pergi hospital. Sampai hospital, rupanya bukaan dah 3 cm, terus masuk LR. Tapi Alhamdulillah painless.

Berbicara lebih lanjut, Aisyah berkata sewaktu anak pertama dia berasa gatal di bahagian kaki. Manakala, sewaktu anak kedua pula dia mengalami sesak nafas dan tekanan darah menurun.

Rasa nak mati dah waktu tu. This time, shivering sangat minimal dan gatal pun minimal sangat. Memang Allah mudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan agar bayi yang lahir ini adalah bayi yang sihat, cerdas, aktif dan kuat.

MENARIK:  Bapa Biologi Hamilkan Anak Tiri, Mak & Nenek Enggan Laporkan Polis – Alasan 'Dia Pencari Nafkah'

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular