Bahang Kian Terasa! Episod Akhir ‘Lelaki Itu’ Dijangka Raih Lebih 4 Juta Penonton

Shopee Sale


Bahang drama Samarinda: Lelaki Itu, kini semakin menghampiri penghujung! Nantikan kesudahan keluarga Syed Mirza malam ini, Isnin, 29 April 2024 pada pukul 10.00 malam di TV3.  

Dapatkah keluarga ini bersatu semula?

Sepanjang 29 episod bersiaran di TV3, drama bersiri Lelaki Itu berjaya mencuri perhatian penonton sekaligus mencipta fenomenanya tersendiri dan episod terakhir pada malam ini dijangka meraih lebih 4 juta penonton!

Malahan sehingga kini, drama Lelaki Itu telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial serta respon positif daripada orang ramai kerana jalan cerita yang sarat dengan mesej-mesej pengajaran serta kandungannya memberi kesedaran kepada penonton terutamanya apabila menyentuh tentang isu faraid. 

Drama Lelaki Itu adalah hasil karya penerbit dan pengarah terkenal Eirma Fatima serta hasil arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif manakala dibarisi pelakon-pelakon terkemuka tanah air seperti Dato’ Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Al-Barakbah. 

Apabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya. Itulah pembuka kisah drama bersiri Lelaki Itu yang telah menjadi bualan hangat di sosial media sepanjang bersiaran di TV3 dan turut menjadi drama nombor 1 di Tonton. 

Syed Mirza (Dato’ Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan. Namun kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti yang diidamkan.

Sharifah Qaidah berkelakuan seperti ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong. Keluarga Qaidah semakin berpecah belah selepas segala yang berlaku ke atas mereka. Tekanan Qaidah juga semakin bertambah apabila dia susah menuntut harta sepencarian kerana suaminya, Syed Mirza (Dato’ Adi Putra) telah meninggal dunia. Dapatkah keluarga ini bersatu semula?

MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Diuji Dengan Sakit Yang Tiada Ubat Sejak 20 Tahun Lalu’ – Haliza Maysuri

Jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Lelaki Itu menerusi slot Samarinda pada 29 April 2024, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di http://www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular