Bahang Kian Terasa! Ini Cara Nak Undi Pencipta Kandungan Kegemaran Korang & Beli Tiket TikTok Awards 2024

Shopee Sale


Tiktok Awards Malaysia kembali lagi pada tahun 2024 setelah buat julung kalinya dianjurkan pada tahun 2023 bagi menghargai bakat-bakat pempengaruh (influencer) popular di Malaysia yang memanfaatkan platform Tiktok dengan sebaiknya.

Artikel berkaitan: 12 Kategori Dipertaruhkan Di TikTok Awards Malaysia 2024, Siapakah Bakal Merangkul Gelaran Creator Of The Year?

Cara undi TikTok Awards 2024

Penganjuran pada tahun 2024 ini merupakan edisi kedua majlis anugerah gilang-gemilang ini diadakan dan ia juga merupakan acara tahunan.

Lebih menarik, Khairul Aming, yang dinobatkan sebagai Creator of The Year tahun lepas telah dilantik sebagai salah seorang juri utama untuk TikTok Awards Malaysia 2024 bagi memilih pemenang untuk kategori Pilihan Juri.

Sebanyak 12 kategori dipertandingkan menerusi dua segmen utama iaitu segmen Pilihan Juri dan Pilhan Popular. Bagi kategori Pilihan Juri, calon dipilih berdasarkan satu set kriteria dan dinilai oleh panel eksekutif, termasuk Khairul Aming, pengurus besar TikTok untuk operasi kandungan Asia Tenggara Angga Anugrah Putra dan ketua pegawai eksekutif Rangkaian TV Media Prima dan Primeworks Studios Nini Yusof.

Panel eksekutif ini akan menilai setiap pencipta berdasarkan kategorinya, seperti Hiburan, Animasi, Permainan, Makanan, Pendidikan, Sukan dan Kecantikan dan Fesyen.

Untuk segmen Pilihan Popular, TikTok sekali lagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengundi pencipta kegemaran mereka. Undian awam untuk lima kategori (Pencipta Tahunan, Selebriti Tahunan, Video Tahunan, TikTok Live Creator of the Year dan TikTok Shop Creator of the Year).

Majlis anugerah tahun ini akan memperkenalkan anugerah baharu, Changemaker of the Year. Melalui kategori ini, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif melalui kandungan yang dicipta.

Untuk kategori Pilihan Peminat, anda boleh menghantar undi untuk artis pilihan anda melalui halaman khas di Tiktok – Klik Sini

Kategori Pilihan Peminat (People’s Choice):

  • Creator of the Year
  • Celebrity of the Year
  • Video of the Year
  • TikTok LIVE Creator of the Year
  • TikTok Shop Creator of the Year
MENARIK:  [VIDEO] Hunny Madu Terkejut, Tak Sangka Masyarakat Jepun Kurang Kesedaran Tentang Autisme – ‘Rakyat Malaysia Lebih Memahami’

Pilihan Juri (Judge Pick):

  • Entertainment Creator of the Year
  • Animation Creator of the Year
  • Gaming Creator of the Year
  • Education Creator of the Year
  • Food Creator of the Year
  • Sports Creator of the Year
  • Beauty & Fashion Creator of the Year

Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.

TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.

The following two tabs change content below.



News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular