Bahaya Pengkritik Filem Berbayar Terhadap Industri Perfileman – Ahmad Idham

Shopee Sale


Pengarah filem tersohor, Dr Ahmad Idham mendedahkan dia berasa risau dengan kemunculan pengkritik filem berbayar di laman YouTube dan TikTok yang dilihat tumbuh ‘bagai cendawan’ ketika ini.

‘Perosak’ industri perfileman?

Ketika ditemui , Ahmad Idham atau nama sebenarnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, kewujudan mereka yang yang menipu dalam memberikan pandangan serta ulasan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kejatuhan industri perfileman negara.

Kita tak tahu pun asal usul pengkritik filem di YouTube mahupun di TikTok itu. Sejujurnya saya risau sebab mereka ini pada saya adalah antara penyumbang kepada kerosakan industri.

Mereka ‘condemn’ serta memberikan ulasan kepada sesebuah filem dengan harapan ada pihak akan bayar mereka sebab ramai yang dah buat ‘paid review’ pun sekarang ini.

Pada saya, kalau awak buat ‘paid review’ awak tak ada hak nak komen atau ‘condemn’ filem orang lain, awak komen dan ulas filem yang orang bayar awak sudah cukup.

Ahmad Idham berkongsi mengenai perkara tersebut ketika ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Reeza’ arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang diadakan di Kawasan Rehat & Rawat Dan Hentian Sebelah Seri Kembangan Soutbound pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad Idham juga meluahkan rasa terkilannya kerana terlalu banyak persepsi yang dikeluarkan terhadap karya yang cuba dihasilkannya.

Bila saya buat ‘comeback’ dengan penghasilan filem ‘Anak Perjanjian Syaitan 2’, ada pula yang kata saya dah tak relevan dah lapuk dan sebagainya.

Itu menjadi antara cabaran yang saya perlu hadapi dan ia sebenarnya menjadi pembakar semangat buat saya.

Tapi itulah, dulu ‘condemn saya’ bila filem saya itu pecah panggung tak ada pula yang nak ucap tahniah.

Ketika ditanya mengenai pencapaian filem ‘Anak Perjanjian Syaitan 2’, pelakon dan pengarah yang terkenal dengan sitkom ‘Spanar Jaya’ itu meluahkan rasa syukur filem arahannya itu masih mendapat tempat di hati peminat.

Alhamdulillah, filem arahan saya itu mendapat pulangan melebihi kos pembikinannya.

Saya berasa sangat bersyukur kerana ‘Anak Perjanjian Syaitan 2; mendapat sambutan baik dengan kutipan RM3.5 juta serta jumlah tontonan mencecah 200,000 penonton kerana nak dapat kutipan RM1 juta pun susah sekarang.

Lebih mengharukan ialah filem tersebut berjaya mencapai tontonan yang tinggi meskipun perlu bersaing dengan dua filem ‘besar’ dari luar negara ketika ditayangkan di pawagam.

MENARIK:  Zaki Yamani Berbangga Dengan Kejayaan SPM, Mempertimbangkan Melanjutkan Pendidikan Dalam Bidang Muzik

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular