Banci pertanian 2024 telah pun bermula dari bulan Julai haritu tau! Korang yang buat bisnes dengan aktiviti pertanian tu dah buat ke belum?
” Hurm, dah 5 tahun aku jadi nelayan, tapi tak pernah dengar pun kena banci?”
Ha sebabnya, kali terakhir Jabatan Perangkaan buat banci pertanian ini adalah pada tahun 2005! Sebab tu la kalau korang mula buat perniagaan atau berkecimpung dengan aktiviti yang berkaitan dengan sektor pertanian selepas 2005, korang akan sedikit bingung mengenai banci pertanian ni.
Tapi tak apa, sebab admin akan terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel mengenai keperluan dan kepentingan banci pertanian ni!
Banci Pertanian ni bukan untuk yang bercucuk tanam je tau, tapi temasuk juga perternakan, perikanan dan perhutanan dan pembalakan.
Kenapa banci ni perlu dilakukan?
Banci ni dijalankan supaya kerajaan dapat meraih gambaran yang lebih jelas mengenai sektor pertanian dalam negara kita.
Daripada banci ni lah semua organisasi dan isi rumah akan dikenal pasti sama ada mereka menjalankan aktiviti pertanian untuk keperluan makanan sendiri atau penjualan.
Antara sektor yang perlu turut serta dalam bancian ini ialah sektor perikanan!
Nelayan kecil atau besar, semuanya penting!
Tiada istilah “Aku nelayan kecil je, tak payah lah buat” sebab sama ada perusahaan korang tu besar atau tidak ia tetap memberikan impak kepada data dan maklumat yang pihak Jabatan Perangkaan akan terima.
Korang tahu tak yang pihak Jabatan Perangkaan perlu mendapatkan info mengenai jenis-jenis ikan yang korang tangkap, kawasan tangkapan dan juga data mengenai pekerja yang mahir dalam sektor perikanan ni.
Segala info yang diberikan akan membantu kerajaan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam melokasikan sumber dan memperbaiki industri perikanan di negara kita.
Banci akan memberikan gambaran yang lebih jelas dan bantu mempertingkatkan kehidupan dan pendapatan nelayan. Dengan bancian, suara daripada komuniti nelayan dapat didengari lantas membantu memajukan industri perikanan malaysia.
Secara tak langsung, korang dapat menyumbang dengan lebih tepat tentang saiz pengeluaran dan nilai ekonomi industri perikanan.
Tak terhad kepada nelayan di laut sahaja, maklumat ini juga boleh bantu kerajaan untuk membangunkan dasar dan membuat keputusan tepat untuk menyokong dan bantu sektor perternakan ikan sangkar dan lain-lain perusahaan yang berkaitan!
“Penting ke? Kalau tak buat, ada apa-apa kesan dekat perniagaan tak?”
Setiap usaha yang dilakukan mesti lah ada sebab kan? Walaupun tak ada kesan yang korang akan nampak nyata tapi ia akan memberi impak kepada perniagaan korang tu.
Bagaimana?
Bila korang gagal untuk memberikan info tepat mengenai sektor perniagaan korang tu, pihak kerajaan tak dapat untuk mengenal pasti kawasan yang memerlukan sokongan dan sumber tambahan.
Selain itu, disebabkan ketiadaan data atau data yang ada tidak tepat, kerajaan tidak dapat untuk berikan sokongan kepada sektor perikanan seperti subsidi dan juga program-program penting yang sepatutnya pengusaha dan nelayan boleh sertai.
Ha, kan dah rugi tu? Elok-elok dapat join kursus-kursus untuk meningkatkan ilmu dah terlepas.
Sebelum tu, jom layan dulu lagu Banci Pertanian 2024 ni!
Jadi, korang yang belum lagi buat bancian tu, buat sekarang juga! Berikan data dan maklumat yang tepat dan bantu pihak kerajaan untuk kenal pasti keperluan korang tu ok?