Bapa Baby Syifa Ditahan Polis, Didakwa Seleweng Yuran Guaman

Shopee Sale


Bapa kepada seorang bayi yang meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022 dikenali sebagai Baby Syifa telah ditahan polis pada petang Selasa susulan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Bapa Baby Syifa ditahan polis

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki terbabit ditahan pada 2.45 petang di Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, sebelum ini lelaki itu didakwa menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai kepada akaun syarikatnya, YY Community Center.

Bekas peguam keluarga Baby Syifa iaitu Hafiz Norkhan bagaimanapun menafikan bahawa wang itu digunakan dalam proses mewakili kes tersebut.

Hafiz pada masa sama mengakui bahawa tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya menyedarinya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Terdahulu pada 23 Februari media melaporkan Baby Syifaa ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan dekat Sendayan, di sini, kira-kira jam 3 petang.

MENARIK:  ‘Selepas Ini Kalau Nak Buat Sedekah, Wakaf & Sampaikan Bantuan Pergi Terus Dekat NGO’ – Alif Teega

Kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular