Bawa Tema ‘Unleashing Possibilities’, d Conference & d Awards Kembali Tahun Ini!

Shopee Sale


Malaysian Digital Association (MDA) mengumumkan ‘d Conference d Award 2024’ bakal diadakan pada 21 Jun ini di Connexion Conference & Event Centre, Nexus, Bangsar South.

d Conference

Acara yang dinantikan sekali lagi dilaksanakan untuk membuka ruang kepada transformasi digital, mengumpulkan penggerak industri penerbitan digital dan pengiklanan digital.

Tema untuk tahun ini adalah ‘Unleash Possibilities’ sebagai tanda industri kini sedang giat mencipta dan mengoptimumkan peluang dalam mengejar kecemerlangan digital.

Pengerusi Penganjur MDA dan Ketua Prestasi Media GroupM Malaysia, Pranav Jha berkongsi tentang matlamat penganjuran acara tahun ini.

Matlamat kami tahun ini adalah untuk sumbang saran, berdebat dan membincangkan serta membawa teknologi dan individu yang terbaik di dalam arena ini.

Acara yang berlangsung itu akan menampilkan barisan pemikir profesional dengan pembentangan utama bertajuk ‘Navigating Disruption and Staying Relevant in Shifting Digital Landscape’.

Antara agenda yang tidak boleh dilepaskan adalah panel ASEAN yang dikendalikan oleh Presiden Eileen Ooi. Beliau akan memilih wakil daripada badan-badan industri dan syarikat teknologi di rantau ini. Mereka akan berkongsi amalan terbaik untuk dimanfaatkan dalam pasaran digital.

Hampir 40 orang pakar juga akan hadir untuk memberi penerangan tentang membina kepercayaan, kepimpinan, kecerdasan buatan (AI) serta metrik dan pengukuran. Selain itu, d Conference juga akan membawa panel daripada Meta, Adzymic, Astro, AnyMind Group and TikTok.

d Conference juga akan menampilkan penyampai radio AI yang pertama di Malaysia iaitu DJ Aina Sabrina dari Fly FM. Penyampai radio yang dicipta oleh Media Prima Audio (MPA) tahun lalu akan berada di atas pentas untuk melancarkan acara ini.

d Awards

d awards

d Awards adalah tentang meraikan pelbagai kemungkinan yang dicipta oleh jenama, agensi, penerbit dan syarikat yang menggunakan teknologi digital.

Untuk makluman, tahun ini menyaksikan penyertaan yang banyak diterima. Sebanyak 384 penyertaan iaitu peningkatan 50% daripada tahun 2023. Mereka akan bersaing untuk 26 gelaran dan pemenang akan diumumkan pada malam 21 Jun.

Menurut pengerusi jawatankuasa penganjur, Pranav terdapat pembaharuan di dalam acara penganugerahan tersebut.

Kami telah cuba membawa sesuatu yang baru pada acara kami tahun ini dengan pengenalan kategori anugerah baharu seperti Penggunaan Terbaik DOOH dan Penggunaan Terbaik OTT (over-the-top)/Sambungan TV di dalam mana-mana media Malaysia atau anugerah digital.

Dalam pada itu, beliau juga mahu menarik perhatian d Young Achievers untuk mendekatkan pelajar universiti dengan komuniti digital. Terbuka kepada kumpulan universiti, program ini menjemput kumpulan pelajar untuk mempamerkan pemikiran mereka dengan membangunkan idea produk atau perkhidmatan menggunakan teknologi.

MENARIK:  Lelaki Bunuh Teman Wanita Kerana Tidak Mampu Ajak Kahwin Akibat Duit Tak Cukup

Selain peluang untuk menghadiri d Conference d Awards, lima pasukan teratas akan dijemput untuk menghadiri bengkel setengah hari di pejabat Google di Kuala Lumpur.

Presiden MDA, Eileen Oi berkata, Persidangan dan Anugerah Digital MDA memainkan peranan penting dalam misi untuk membentuk pertumbuhan ekonomi digital dan bakat dengan mengemukakan pendedahan baharu serta meraikan hasil kerja terbaik di Malaysia.

Tiket berharga RM1,600 setiap satu (tidak termasuk SST, HRD Corp boleh ditebus), yang menyediakan akses kepada d Conference & d Awards 2024.

Yuran penyertaan ke d Conference sahaja ialah RM1,200 setiap orang (tidak termasuk SST, bukan HRD Corp boleh ditebus). Tiada akses ke d Awards untuk pemegang tiket kategori ini.

Pakej-pakej terhad, 10+1 tiket tersedia atas pertanyaan. Tiket percuma tidak termasuk akses ke d Awards.

Untuk info, d Conference & d Awards 2024 ditaja oleh Omnia dan Astro, Anymind dan Teads serta rakan tajaan iaitu TikTok, Taboola dan Google.

Jangan lupa untuk dapatkan tiket anda boleh layari ke dan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular