Bayar Dengan Kad untuk Transaksi Yang Lebih Mudah & Cepat Di Jabatan Pendaftaran Negara

Shopee Sale


Kredit foto: UCCU & NSTP

Zaman serba digital sekarang kami faham bila ramai orang lebih selesa untuk lakukan transaksi tanpa tunai walau dimana-mana pun, termasuklah di kaunter-kaunter urusan awam kan?

Haa.. Berita baik untuk korang sekarang Jabatan Pendaftaran Negara pun dah terima dan galakkan orang ramai untuk buat pembayaran menggunakan kad!

Semua urusan urusniaga JPN terima pembayaran dengan kad

Kredit foto: Harian Metro

Pembayaran tanpa tunai dengan kad debit/kredit bakal diterima di kesemua cawangan JPN di seluruh negara termasuk di program-program MEKAR JPN iaitu melalui bas serta van perkhidmatan JPN.

Ia merangkumi setiap urusniaga di JPN seperti kelahiran, kematian serta anak angkat, kad pengenalan, kewarganegaraan, perkahwinan dan perceraian.

Dalam satu kenyataan rasmi, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Tuan Badrul Hisham Bin Alias berkata “Secara keseluruhannya kita melibatkan 3 fasa sehingga November tahun ini. Untuk rekod kita telah selesai sepenuhnya bagi fasa dua melibatkan 17o cawangan keseluruhannya.

“Kini JPN dan Paynet dalam fasa terakhir iaitu Fasa ke 3 yang melibatkan 48 cawangan Pejabat JPN di Sarawak yang masih dalam tindakan.

Tiada had minima bayaran

Mod pembayaran ini tersedia tanpa jumlah minima, kalau korang nak bayar untuk transaksi RM5 pun boleh tau!

Pihak JPN percaya pembayaran tanpa tunai ini bukan sahaja memudahkan, mempercepatkan dan meningkatkan keselamatan transaksi, tetapi juga menjadikan pengurusan kaunter JPN lebih efisien.

Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko berkaitan pengurusan tunai seperti ketirisan, peluang rasuah, dan kehilangan wang.

Macam mana kalau kad bank korang hilang? Haa.. Jangan risau, kakitangan JPN sedia membantu korang dan ada pertimbangan khusus untuk kes-kes kecemasan serta untuk membantu golongan warga emas di luar bandar yang mungkin tidak memiliki Kad Debit atau Kad Kredit.

MENARIK:  Seni Pelajar Malaysia Terpapar di Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, New York

“Dasar Kerajaan bukanlah untuk membebankan rakyat. Kami percaya bahawa dengan menyediakan pilihan tambahan untuk kaedah pembayaran di kaunter JPN, ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai” jelas Tuan Badrul Hisham Bin Alias.

Kerjasama JPN dan Paynet

PayNet menawarkan bantuan strategik yang disesuaikan dengan keperluan setiap agensi kerajaan untuk menyokong perkembangan pembayaran digital dalam sektor awam.

Mereka juga telah melancarkan Kempen Cashless Boleh 4.0 yang berlangsung dari Disember 2023 hingga November 2024.

Terdahulu, JPN turut menerusi mengambil bahagian dan tersenarai di bawah kategori B, agensi Kerajaan Persekutuan yang mencatat 500 ribu hingga 5 juta transaksi sepanjang kempen Cashless Boleh 3.0.

Melalui pelaksanaan kempen terbaru ini, JPN mensasarkan peningkatan penggunaan kaedah pembayaran digital mencapai 90% pada tahun 2024, berbanding 60% pada tahun 2023.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular