BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Allahyarham Ashraf Sinclair – ‘Terima Kasih Untuk Memori Indah Bersama, Awak Sangat Bermakna Bagi Saya’

Shopee Sale


Penyanyi kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair yang ke-45, pada Rabu.

‘Selamat hari jadi di syurga’

Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL, 41, mengucapkan terima kasih kepada arwah suaminya atas semua kenangan dan memori indah sepanjang 12 tahun mereka bersama.

Selamat hari jadi di syurga.

Saya rasa saya mempunyai begitu banyak kata untuk diucapkan, begitu banyak cerita untuk diceritakan… tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mengatakannya.

Apa yang boleh saya katakan hanyalah terima kasih. Terima kasih untuk semua detik-detik indah, semua cabaran yang kita lalui bersama, kegembiraan, gelak tawa, dan air mata yang kita kongsikan. Terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada bersama.

Menurut pelantun lagu Cinta Sejati itu, Allahyarham merupakan insan yang istimewa bertakhta dihatinya dan orang-orang yang menyayanginya.

Awak sangat bermakna bagi saya, dan bagi semua orang yang menyayangi awak.

Semoga awak mempunyai sambutan yang indah ‘di sana’.

Untuk rekod, pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

MENARIK:  JUICE Malaysia Kini Dalam Bahasa Melayu Dengan Bahagian Baharu #IkatTepi

BCL dan Allahyarham Ashraf Sinclair bernikah pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 13.

BCL kemudian mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana pada 2 Disember tahun lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular