Bekas Banduan Kongsi Pengalaman Bertemu PU Azman Di Penjara Kajang – ‘Hari-Hari Bagi Tazkirah Macam Dekat Dalam Studio’

Shopee Sale


Seorang bekas banduan berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan penceramah bebas PU Azman yang turut menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Pengalaman bekas banduan

Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok Hin Othman, dia telah menemu bual seorang bekas banduan yang telah ditempatkan di penjara berkenaan selama empat bulan.

Menurut lelaki tersebut, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias sering menyampaikan tazkirah.

PU Azman ‘sporting’, hari-hari bagi tazkirah macam dekat dalam studio. Kita dekat sana tercengang tengok.

Seronok la artis, dekat sana kita macam kawan-kawan. Tak kiralah kamu menteri ke, tukang cuci ke, semuanya sama.

Kisah di dalam sel

Dalam masa yang sama, lelaki berkenaan turut menceritakan tentang seorang banduan yang menjalani hukuman paling lama iaitu 400 tahun.

Sekadar info, pada 27 September lalu, pendakwah berusia 42 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang berikutan didapati bersalah di atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun iaitu pada dua tahun lalu.

MENARIK:  Bebas Tanpa Keradangan, Ini Sebabnya Korang Patut Dapatkan Sarung Tangan Daripada GloveOn®

Manakala Mahkamah Majistret Klang pada 6 Disember 2024, telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap PU Azman selepas dia mengaku bersalah atas kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, dua tahun lalu.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular