Bekas Kapten Pasukan Bola Keranjang Wanita Negara ‘Tersentuh’ Tonton Filem PADU!

Shopee Sale


Kapten pasukan bola keranjang wanita negara, Nur Izzati Yaacob memuji lakonan Fify Azmi yang berjaya menghidupkan wataknya dengan baik menerusi filem Padu, iaitu naskhah mengangkat kisah jatuh bangun mereka sebelum meraih pingat emas di temasya Sukan SEA 2015 di Singapura.

Tersentuh lihat perjalanan skuad bola keranjang

Menerusi temu bual bersama Izzati berkata, dia tersentuh melihat perjalanan sebenar mereka diangkat ke layar perak. Tambah Izzati, dia mula mewakili negara dalam skuad bola keranjang wanita sejak berusia 15 tahun. Oleh sebab itu, dia sangat tersentuh melihat naskhah tersebut diangkat menjadi filem.

Ujar Izzati lagi, filem ini akan membuka mata orang ramai terhadap perjuangan pasukan bola keranjang wanita negara dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Fify berlakon dengan sangat bagus dan saya tersentuh dengan kisah dibawakan dalam filem ini. Apa yang digambarkan dalam filem Padu ini adalah kisah benar.

Disebabkan itu, saya tersentuh hati kerana perjalanan saya dan kawan-kawan dalam mengharumkan nama negara menerusi sukan bola keranjang wanita dapat ditunjukkan kepada masyarakat.

Sekadar info, filem Padu adalah berdasarkan peristiwa sebenar daripada pengalaman empat wira utama pasukan bola keranjang negara iaitu Izzati lakonan Fify, Pang Hui Pin atau Mulan (Jojo Goh), Kalaimathi Rajintiran (Thanuja Ananthan) dan jurulatih, Yoong Sze Yuin (Lim Mei Fan).

MENARIK:  ‘Yang Mengata Tentang Eyelash Saya, Maaf! Gluenya Tak Bagus Jadi Bulu Mata Tu Nampak Senget’

Filem terbitan Global Station yang akan menjengah pawagam bermula 6 Jun depan itu turut memaparkan perjalanan pasukan disebut sebagai Harimau Malaysia dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Bagaimanapun, terdapat beberapa watak fiksyen lain diwujudkan demi menghidupkan jalan cerita perjuangan dan pengorbanan bagi menyatukan pasukan negara dalam mengharungi cabaran.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular