Belajar Al-Quran Sejak Kecil Adalah Harapan Hazama

Shopee Sale


pendidikan hazama

Penyanyi dan pelakon Hazama meluahkan rasa kesal kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran ketika zaman remajanya.

Ilmu sangat penting

pendidikan hazama

Menerusi temu bual Maskulin, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi berkata dia menyesal kerana tidak mendalami Al-Quran ketika usia mudanya.

Saya rasa kalau daripada kecil dahulu, saya betul-betul belajar Al-Quran..sebab semua jawapan dan penyelesaian ada dalam naskah tu.

Alamak kenapalah masa zaman remaja, zaman-zaman nak membesar tu saya buat benda yang entah apa-apa?

Tapi itu sudah tertulis.

Dalam pada itu, pelakon filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini juga berasa kecewa kerana semasa di sekolah dia tidak fokus menimba ilmu walaupun sebenarnya dia mampu untuk menjadi pelajar yang baik.

Kadang-kadang saya terfikir zaman sekolah ni, dulu bukan bodoh tapi kita tak fokus. Kita lebih pentingkan perkara lain..main-main.

Sekarang ini bila cuba belajar, sabar untuk membaca..boleh je, kita faham je semua tu.

Kenapa kepala sekarang ini tak ada masa zaman saya sekolah tu? Kenapalah aku tak latih diri aku dari aku kecil dulu? Kalau tak sekarang ni mungkin dah lebih ‘solid’, ini dah umur 30 40 lebih baru nak mula, jadi ‘solid’ tu lambat lagi umur 50 60 tahun.

Sementara itu, pelantun lagu Malaikat ini sempat menitipkan nasihat untuk para pelajar yang sedang berada di bangku sekolah supaya menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

Jadi kepada adik-adik yang tengah sekolah, korang jangan main-main rugi tau. Nanti bila korang umur 40, korang akan pandang balik, ‘kenapalah buat benda ni?’.

Sebenarnya pembelajaran tu senang kalau kita fokus. InsyaAllah.

Tolong, jangan sia-siakan zaman sekolah, sebab zaman sekolah ni macam mati. Benda ini sekali je dalam hidup. Dah terlepas tak boleh patah balik.

MENARIK:  Elizabeth Tan Tidak Pernah Beli Baju Hitam Untuk Tahun Baru Cina, Dianggap Sebagai Lambang Nasib Malang Kena Bagi Angpau
" data-video-id="7335361804555635976" data-embed-from="oembed" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
@maskulinmy

Kepada yang masih bersekolah, jangan sia-siakan waktu itu untuk memerah potensi kalian dalam pelajaran. Penyanyi, Hazama beranggapan kalian sebenarnya boleh cemerlang jika betul-betul fokus. hazama maskulin majalahmaskulin

? original sound – Maskulin – Maskulin

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular