Bella Astillah Jual Kuih Raya Sepanjang Ramadan – ‘Ada Batang Buruk & Red Velvet Cookies’

Shopee Sale


Bella Astillah

Pelakon Bella Astillah memaklumkan dia akan menjual beberapa jenis kuih raya sepanjang Ramadan tahun ini.

Resepi turun temurun

Bella Astillah

Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, kesemua jenis kuih raya yang dijual merupakan air tangan sendiri dan resepi turun temurun keluarga.

Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil jadi tahun ini saya akan bisnes kuih raya. Saya buat semuanya dari air tangan sendiri tetapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

Antara jenis kuih yang saya buat ialah ada red velvet cookies dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza seperti batang buruk di sini (Semenanjung).

Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Absolute Bazaar yang berlangsung di MITEC, baru-baru ini.

Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain sibuk dengan perniagaan menjual kuih raya, kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.

Kerja memang ada tetapi saya pun nak luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan ‘last minute’. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya.

MENARIK:  Ellie Suriaty ‘Sekolahkan’ Ruhainies – ‘Tiada Perikemanusian, Biadap Perangai Bawa Balik Suami Kawan Ke Rumah Berkali-Kali’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular