Bella Astillah Nafi Jadi Dalang Kes Tangkap Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies – ‘Kenapa Pula Saya Nak Plan?’

Shopee Sale


Tak ada angin, tak ada ribut timbul pula dakwaan mengatakan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menjadi dalang di sebalik tangkapan khalwat melibatkan suaminya, Aliff Aziz bersama pelakon, Ruhainies.

‘Kenapa pula saya nak plan?’

" data-video-id="7347250021835787522">
@melodiberapi Ishhh tak baik tuduh-tuduh! Nah dengarkan apa kata Bella Astillah swndiri #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok #aliffaziz #bellaastillah ? original sound – Melodi tv3

Terbaharu, Bella tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi satu temu bual bersama pihak Melodi TV3.

Menurut Bella, dia ternyata pelik ada pihak yang cuba menuduh dirinya menjadi dalang kepada kejadian tersebut.

Allah lebih tahu segalanya dan kenapa pula saya nak ‘plan’ perkara tersebut?

Saya sendiri pun terkejut dan macam yang diketahui ramai saya sangat baik dan rapat dengan pelakon wanita tersebut.

Tapi tak mengapa kalau ada yang rasa saya yang ‘plan’ semua itu, saya juga tak boleh nak puaskan hati semua orang.

Perkara ini sudah pun terjadi dan saya hanya mahu ‘move on’.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini mendedahkan ada pihak yang cuba untuk memberikannya beberapa informasi mengenai suaminya namun masih belum berkesempatan untuk berjumpa.

Individu tersebut cakap dia dah lama cari dan nak jumpa dengan saya tapi mungkin saya tak perasan Direct Message (DM) dari dia sebab sibuk dan sebagainya.

Masih belum berkesempatan untuk berjumpa tetapi saya dah ambil nombor telefon dia.

Terdahulu, Bella telah menfailkan penceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

MENARIK:  [VIDEO] Wawa Zainal Kongsi Rezeki Sempena Hari Lahir, Masak Pulut Kuning Untuk 20 Orang Berbuka Puasa

Penceraian itu difailkan selepas tularnya berita mengenai suaminya, Aliff yang ditangkap duduk bersekedudukan dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota, pada 8 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke mahkamah bagi proses sebutan tersebut atas alasan terlibat dengan sesi penggambaran drama siri Terjerat.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular