Kontroversi penyanyi Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu di sebuah kediaman mewah milik aktres itu turut mencuri perhatian pempengaruh media sosial, Sajat.
Rasa macam marketing
Menerusi siaran langsung, Sajat menyuarakan pendapat peribadinya selepas diajukan soalan daripada netizen.
Kata Sajat, dia merasakan isu bersekedudukan itu sebagai teknik pemasaran memandangkan Aliff dan Ruhainies bergandingan bersama dalam drama terbaru mereka. Bagaimanapun, Sajat memohon maaf sekiranya pemikirannya salah.
Ya Allah.. minta maaf Bella, gurau-gurau saja. Takut nanti Bella terasa hati.
Ini pendapat Sajat. Sajat rasa benda itu (ditangkap khalwat) lakonan. Sajat rasa marketing. Setiap kali Aliff berlakon, mesti ada marketing kena tangkap khalwat.
Tak akan benda itu kena ulang? Empat kali dah kot. Sudah-sudah la. Orang tak nak cerita macam itu.
Kalau Sajat salah, Sajat minta maaf. Tapi apa yang Sajat cakap itu, bernas. Ini yang Sajat nampak. Kalau tak betul, Sajat yang salah.
Korang jangan percaya sangat apa Sajat cakap. Kalau nak tau cerita penuh daripada mereka berdua. Sajat ini orang luar.
Kena fikir diri sendiri
Sementara itu, Sajat juga mempunyai pandangan yang kedua iaitu sekiranya benar Aliff curang dengan Ruhainies, Bella sebagai isteri perlu membuat keputusan yang tepat.
Katanya lagi, untuk kali ini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah perlu mengutamakan diri sendiri.
Kalau betul Bella, Sajat harap Bella pandai-pandai la fikir.
Awak perempuan, cantik. Kalau betul Aliff masih curang, Bella kena fikir pasal diri sendiri. Itu sahaja. Maaf la kalau Sajat melawak.
Tapi kalau dah selalu macam ini, ini dah lain. Setiap kali drama Aliff mesti ada kait dengan perempuan. Tak ada benda lain.
Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.
Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).