Berat badan V BTS meningkat 10kg selepas menyertai tentera, peminat memuji penampilan lebih sado dan kacak!

Shopee Sale


Ahli kumpulan BTS iaitu V yang kini sedang menjalani perkhidmatan ketenteraan mengejutkan peminat selepas memuat naik satu hantaran di Weverse pada 14 November lalu.

Berat badan V naik 10kg

Memetik laporan Allkpop, V atau nama sebenarnya Kim Taehyung memaklumkan berat badannya kini telah meningkat sebanyak 10 kilogram. Jelas V lagi, sebelum memasuki perkhidmatan wajib tentera Korea Selatan itu, beratnya adalah 62kg dan kini 72.4 kg.

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan peminat BTS yang digelar ARMY meluahkan rasa lega dan gembira dengan berita tersebut. Ini kerana V, sebelum memasuki tentera, dianggap terlalu kurus dengan ketinggiannya 178.8 sentimeter.

Sekadar info, selain V, RM, Jimin dan Jungkook kini sedang mengikuti langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.

BTS dijangka kembali bergabung selepas mereka semua selesai menjalani latihan itu pada Oktober 2025.

MENARIK:  ‘Dah 8 Kali Suami Buat Maksiat Dengan Pengasuh, Dia Kata Saya Tak Jaga Badan..Dah Berisi’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular