‘Berdamai Dengan Takdir Bukan Tiket Orang Lain Gulakan Dia’ – Kakak Misya Mazlan Dakwa Marissa Dania Psiko & Kaki ‘Spin’?

Shopee Sale


Misya Mazlan

Kakak kepada Misya Mazlan iaitu Nadia Mazlan akui terkejut dengan tindakan Marissa Dania yang secara tiba-tiba memuat naik video ‘boomerang’ bersama adiknya pagi tadi.

Artikel Berkaiatan: ‘Situasi Kami Sekarang Tak Seperti Yang Digambarkan Dalam Foto Ini, Mungkin Marissa Rindu’ – Misya

Kakak Misya back up

Misya Mazlan

Menurut Nadia, meskipun Misya pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah berdamai dengan takdir dan reda atas apa yang terjadi dalam rumah tangganya, namun itu bukan tiket untuk orang lain mempergunakan adiknya.

Tegas Nadia, Misya tidak keseorangan dan ramai yang berada di belakangnya untuk memberi sokongan.

Tuba-tiba keluarkan gambar berdua. Dia (Misya) diam, dia reda, dia mengalah, dia berdamai dengan takdir bukan tiket untuk orang lain boleh ‘gula-gulakan’ dia.

Awak jangan lupa, dia bukan seorang ya. Ada ramai di belakang dia.

Nadia berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nadia turut mempersoalkan tindakan Marissa yang sebelum ini memberi bayangan dia dan Misya sudah berbaik.

Malah, Nadia mendakwa Marissa seorang yang psiko dan suka memutar belit cerita.

Nak tanya, raya ada minta maaf tak? Betul ke dah berbaik? Betul ke tak meroyan? Sekejap lagi nak beli popcorn, cerita psiko ini best layan. Plot twist banyak.

Terdahulu, Marissa memuat naik video ‘boomerang’ bersama Misya sekali gus memberi bayangan hubungan mereka dalam keadaan baik dan tidak lagi berbalah antara satu sama lain.

MENARIK:  Wajah Nampak Lain Buat Netizen Terpukau, Rupanya Ini Rawatan Zarina Anjoulie Buat!

Selang beberapa jam kemudian, Misya menjelaskan bahawa situasi sebenar antara mereka tidak seperti yang digambarkan dalam ‘boomerang’ tersebut.

Sekadar info, Marissa telah bernikah dengan Ahamd Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Miya bercerai. Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika mash dalam tempoh idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular