Berjaya Raih Lebih 200,000 Pengunjung, Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Sunway Group Disambut Meriah

Shopee Sale


Sebut je pasal Sunway Group pasti ramai yang cukup kenal dengan syarikat konglomerat ini. Berjaya ditubuhkan sejak dari tahun 1974 serta mempunyai 13 cabang bisnes di lebih 50 lokasi di Asia membuatkan syarikat ini cukup popular di kalangan rakyat Malaysia.

Terbaharu, bersempena dengan ulang tahun ke-50, Sunway Group telah melangsungkan sambutan gilang-gemilang Golden Jubilee Mega Roadshow dengan meriahnya.

Sambutan Golden Jubilee Mega Roadshow Sunway Group

Berlangsung selama dua minggu, roadshow ini berjaya menerima lebih 200,000 orang pengunjung dari seluruh negara terutamanya Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.

Apa yang best dengan roadshow Sunway Group pada kali ini, acara ini bukan je fokus kepada jualan semata-mata, tetapi Sunway Group memilih untuk memaparkan komitmen mereka dalam menawarkan pelbagai aktiviti buat seisi keluarga dalam berpeluang meraih hadiah menarik buat para pengunjung.

Evan Cheah selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan Digital & Strategik Kumpulan Sunway turut berbesar hati terhadap sambutan yang luar biasa daripada orang ramai yang hadir ke acara yang diadakan secara besar-besaran ini.

“Kami gembira dengan sokongan padu oleh orang ramai dalam melangsungkan sambutan Jubli Emas Mega Roadshow Sunway kami. Sambutan ini berjaya meraih hampir RM50 juta hasil jualan sekaligus mengesahkan status Sunway sebagai jenama yang dipercayai di peringkat global.”

Berjaya raih 28,000 pengguna baharu dengan jumlah transaksi lebih RM6 juta

Nak tahu apa yang lebih membanggakan? Sunway Group berjaya raih 28,000 pengguna baharu menerusi aplikasi Sunway Super App.

Lebih hebat, difahamkan transaksi lebih RM6 juta berjaya dilangsungkan hanya dalam tempoh 2 minggu sambutan berlangsung!

Untuk pengetahuan korang, Sunway Super App merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna meraih akses dan promosi terkini daripada unit perniagaan Sunway seperti Sunway Theme Park, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hotels and Resorts dan juga Sunway Healthcare.

Sambutan Sunway melebihi segalanya

Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk memberi kembali kepada masyarakat, Sunway telah memulakan beberapa inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

MENARIK:  ‘Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar’ – Eyra Hazali Umum Nama & Dedah Wajah Putera Ketiga

Sempena bulan Ramadan yang lalu, Sunway Group telah bekerjasama dengan beberapa kumpulan NGO termasuk Malaysian AIDS Foundation (MAF) untuk menyalurkan bantuan buat golongan yang memerlukan menerusi inisiatif #SunwayforGood.

Bukan tu je, Sunway bakal menganjurkan Sunway – RapidKL Good Run 2024 pada Julai 2024. Acara larian dan fundraising ini bakal menyalurkan sumbangan kepada lebih 50 rumah kebajikan di seluruh negara.

Pihak Sunway juga komited untuk menyalurkan lebih 500,000 pek makanan bersempena dengan acara Meal Pack-a-Ton yang bakal berlangsung September 2024 ini yang sekaligus bakal mencukupkan sasaran mereka sebanyak 2 juta pek makanan dalam tahun ini. Hebat bukan?

Inisiatif #SunwayforGood ini disasarkan dalam menggalakkan usaha kemampanan serta rangkuman sosial melalui pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengayaan komuniti.

Tahniah diucapkan buat Sunway Group! Komitmen Sunway sempena ulang tahun ke-50 mereka layak diberikan pujian. Semoga lebih banyak syarikat-syarikat lain dapat mengikuti jejak langkah yang sama seperti mana yang dilakukan pihak Sunway Group.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular