Bermula Dengan ‘Review’ Makanan, Cinta Siti Khadijah & Otto Mula Berputik – ‘Dia Minta Saya Buat Instagram..’

Shopee Sale


Personaliti televisyen, Siti Khadijah Jaafar dan Otto Othman selamat diijabkabulkan pada Sabtu di Zoo Negara.

Khadijah kongsi detik perkenalan

Berkongsi detik perkenalan, pasangan itu memberitahu mereka mula mengenali antara satu sama lain pada tahun 2020 dan ketika itu Otto bertugas sebagai pembaca berita di 7 Edition di NTV7.

Ketika ditemui , Siti Khadijah dan Otto memaklumkan meskipun bekerja di satu tempat yang sama namun mereka tidak pernah bertegur sapa sehinggalah mereka bertemu dalam satu situasi yang tidak dijangka.

Kami dah berkenalan 4 tahun. Sebelum ini pun kami jarang bersemuka dan bercakap sebab masing-masing sibuk dengan kerja.

Tapi sehinggalah pada suatu hari, dia (Khadijah) meminta tolong saya untuk buat review ‘cookies’ (biskut) dibuat oleh kakak ipar dia. Dia minta saya buat Instagram dan sejak daripada itu kami bertambah rapat.

Apabila ditanya bagaimana mereka mendapat keserasian memandangkan masing-masing bekerja dalam profesion yang sama, Otto berkata dia dan Khadijah sering mencari peluang untuk meluangkan masa bersama.

Masa kita boleh cari. Tapi nak cari pasangan yang boleh faham kita tu agak susah. Kami suka sama suka, memahami kerja masing-masing. Jadi itu tidak ada masalah bagi kami.

Dalam pada itu, Otto dan Khadijah memberitahu bahawa mereka masih belum mempunyai perancangan untuk berbulan madu kerana terikat dengan jadual kerja.

MENARIK:  Kaka Azraff Dapat Izin Suami Untuk Sertai Misi Kemanusiaan

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular