Beto Kusyairy Bengang Dilabel ‘Bebal’ – ‘Cantik Sungguh Bahasa Mamat Ni’

Shopee Sale


beto

Pelakon serba boleh, Beto Kusyairy berang apabila terdapat seorang pengguna media sosial bertindak meninggalkan komen yang bersifat keterlaluan kepadanya.

Komen Beto

beto

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pelawak Achey di Instagram (IG), dia berkongsi sebuah artikel yang bertajuk, ‘Pemandu Mabuk Langgar Atlet Kayak Dibebaskan Dengan Jaminan Polis’.

Cakna dengan insiden tersebut, Beto dilihat turut meninggalkan komen.

Bagaimanapun, terdapat seorang pengguna media sosial kurang senang dengan komen pelakon berusia 44 tahun itu.

Yang si Beto ni pun sama bebal memalukan. Study dulu apa maksud ‘dibebaskan dengan jaminan polis’. Kemudian baru komen. Suspek tu bukannya dibebaskan terus, cuma tempoh tahanan lokap telah tamat sahaja. Suspek belum bebas.

Dia akan diheret ke mahkamah nanti lepas siasatan polis lengkap. Kemudian terus jatuh hukuman. Study dulu bro. Jangan ikut sama ‘kebebalan’ netizen-netizen Malaysia ni.

Tidak berdiam diri, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu kemudian menjelaskan tentang komen yang ditinggalkannya.

Menurut Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, komen yang ditulis adalah merujuk kepada mangsa malah dia juga memahami tentang sistem perundangan di negara ini.

Cantik sungguh bahasa mamat ni. Komen asal aku lebih kepada mangsa.

Dia ingat aku ni ‘bebal’ pasal sistem perundangan agaknya.

Untuk info, atlet kayak kebangsaan iaitu Siti Nurul Masyitah Elias, 22, mengalami kecederaan akibat terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor.

MENARIK:  Fitri Farok Terima Banyak Komen Nakal & Gambar Lucah Di Media Sosial, Siap Dapat Tawaran RM100,000

Dilaporkan motosikal yang ditunggang telah dirempuh dan diseret sejauh 100 meter dengan sebuah kereta. Dalam masa yang sama, kenderaan tersebut didakwa dipandu oleh lelaki mabuk.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular