‘Biarlah Saya Yang Masuk Dalam Keranda Itu, Sebab Saya Dah Tua’ – Bapa Leftenan T Sivasutan

Shopee Sale


Bapa kepada Leftenan T Sivasutan meluahkan rasa sedih atas pemergian anak tercinta yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.

‘Mendiang sangat menjaga keluarga’

Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada Leftenan T Sivasutan iaitu M Thanjappan, berkata, dia rela nyawanya digantikan agar anak lelakinya itu dapat meneruskan hidup.

Walaupun takdir itu betul, biarlah ia berlaku pada diri saya memandangkan umur saya sudah lebih 60 tahun, manakala umur anak pula separuh daripada saya.

Biarlah saya yang masuk dalam keranda itu, sebab saya dah tua, tiada apa lagi yang saya mahukan di dunia ini lebih-lebih lagi saya sudah bersara sebagai guru

Sementara itu, Thanjappan, 61, menyifatkan mendiang Sivasutan seorang anak dan suami yang baik selain mengambil berat terhadap keluarga.

Mendiang sangat menjaga keluarga contohnya kalau emak dia sakit, dia cepat-cepat beli ubat, dan tidak lokek membeli barang untuk keluarga

Ujar Thanjappan lagi, meskipun berat untuk menerima pemergian anak tersayang namun dia berbangga kerana Sivasutan dianggap sebagai wira negara.

Mungkin di Manjung ini ramai tidak kenal dia, tetapi hari ini seluruh Malaysia sudah mengenalinya.

Dia satu-satunya juruterbang kaum India di TLDM Lumut dan pemergiannya ini bukan sahaja kehilangan buat keluarga, tetapi warga TLDM.

Sekadar info, Sivasutan baru berkahwin pada 25 Januari lalu dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

MENARIK:  Kecantikan Puteri Balqis Menyentuh Hati Netizen - 'Mirip Pelakon Thailand', Alha Alfa Memukau

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular