Buletin Utama Khas Malam Ini, Siri Duka Di Bumi Gaza – ‘Malaysia Berdiri Teguh Bersama Rakyat Palestin’

Shopee Sale


Buletin Utama

TV3 dengan bangganya mengumumkan bahawa slot Buletin Utama jam 8 malam ini akan memberi tumpuan khas kepada usaha Malaysia dalam berdiri teguh bersama nasib rakyat Palestin.

Berdiri tegu bersama Palestin

Buletin Utama

Dalam laporan eksklusif ini, TV3 akan mengetengahkan pendirian tegas Malaysia yang tidak tunduk kepada propaganda Barat.

Dalam usaha memperjuangkan hak-hak rakyat Palestin, Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif diplomatik dan kemanusiaan yang mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Slot berita khas ini memperlihatkan komitmen negara kita dalam menyokong Palestin, termasuk bantuan kemanusiaan dan sokongan diplomatik yang tidak berbelah bahagi.

Menerusi laporan eksklusif malam ini, Buletin Utama juga akan mendapatkan pandangan dari penganalisis yang sentiasa mengikuti rapat perkembangan mutakhir di Palestin terutama kekejaman rejim Israel ke atas Gaza sejak Oktober tahun lepas. 

Pakar-pakar ini akan menyentuh ketegasan pemimpin-pemimpin negara yang membantah kekejaman berterusan tentera rejim hingga menyebabkan rakyat Palestin terus menderita.

TV3 percaya kepada kepentingan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik yang berterusan dan komited untuk meningkatkan kesedaran serta mempromosikan pemahaman melalui platform kami.

TV3 dan Tonton prihatin terhadap situasi yang berlaku di Palestin dan berusaha untuk memberi sokongan padu kami kepada mereka yang memerlukan.

Dalam usaha menghibur, kami turut sensitif dan mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di dunia Palestin.

MENARIK:  ‘Yang Penting Niat Dia Nak Bagi, Tak Kisahlah Berapa Banyak Dalam Tu’ – Michael Ang

Kami di TV3 sentiasa prihatin terhadap krisis kemanusiaan dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin. 

Media Prima Teguh Berdiri Bersama Palestin! Hulurkan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima melalui kotak tabung yang disediakan atau salurkan menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.

Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima akan digunakan untuk membiayai bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular