‘Campak Bintang’ Buah Tangan Terbaharu M.Nasir & Faizal Tahir, Satukan Pop Dengan Warisan Budaya Melayu

Shopee Sale


campak bintang

Dua ikon muzik Malaysia, Datuk M.Nasir dan Faizal Tahir berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru mereka berjudul Campak Bintang terbitan Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd.

Kolaborasi M. Nasir & Faizal Tahir

campak bintang

Campak Bintang adalah sebuah karya yang menyatukan genre pop dengan warisan budaya melayu. Ia membuktikan sinergi antara rentak muzik moden dan irama tradisional.

Single ini adalah hasil ciptaan Faizal Tahir sendiri bersama Romeo, Glowrush dan juga Karim Karam. 

Menurut Faizal, Campak Bintang adalah sebuah lagu yang mengisahkan pengorbanan melepaskan sesuatu yang kita cintai untuk mendapatkan sesuatu yang jauh lebih berharga.

Mengenai pemilihan M.Nasir untuk berduet, Faizal Tahir dan Faithful Music menjelaskan bahawa ia adalah sesuatu yang besar dan keputusan ini tidak dilakukan sebarangan.

Kami merasakan kehadiran M.Nasir sangat diperlukan dengan kehendak lagu dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. M.Nasir dan team Luncai Emas memberikan kerjasama yang sangat baik.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mentera Semerah Padi turut berbangga dengan Faizal kerana menjadi anak seni yang tidak pernah lelah menghasilkan karya.

Dunia muzik telah digegarkan oleh bakat seperti Faizal Tahir dan hampir juga ia diselamatkan generasi ini. Lega kerana ada sang pengkarya yang tidak habis-habis melahirkan karya-karya baru yang berkualiti sejak kemunculannya. Lagu ini, sumbangan kami berdua, adalah satu manifestasi.

Bercerita lanjut, Faizal berkata dia belum mempunyai sebarang perancangan, tetapi tidak menolak jika ada rezeki untuk berkolaborasi dengan M.Nasir sekali lagi atau penyanyi yang lain. 

MENARIK:  Adira Suhaimi: Perpisahan Adalah Satu Jalan yang Saya Lihat

Untuk info, sebuah video klip bagi single ini telah dilakukan penggambarannya pada 19 April yang lalu bertempat di Cine Studio. Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya boleh di tonton di platform YouTube Faizal Tahir.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular