Che Ta Buat Laporan Polis Isu Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur – ‘Silap Besar Hang Cari Pasal Dengan Aku’

Shopee Sale


Di Instagram Story, pelakon Rozita Che Wan dilihat membuat laporan polis terhadap seorang individu yang menghina dan mengutuk cara pemakaian anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

Serah kepada pihak berkuasa

Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, individu tersebut sudah melampaui batas kerana menghina cara pemakaian Aaisyah seperti pelacur. Oleh sebab itu, Che Ta tampil membuat laporan polis dan menyerahkan segala urusannya itu kepada pihak berkuasa.

Tak ada masalah! Aku akan cari sampai lubang cacing! Silap besar la hang cari pasal dengan aku.

Selain membuat laporan polis, Che Ta dilihat hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Terdahulu, komen itu muncul disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah akaun TikTok yang memuat naik video Aaisyah dengan menggunakan tajuk berita kurang sopan sehingga mengundang salah faham netizen.

Berang dengan kata-kata hinaan itu, isteri kepada aktor Zain Saidin ini menggesa pemilik akaun tersebut untuk memadam perkongsian berkenaan.

MENARIK:  Mawi Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni – ‘Cuma Saya Pesan Dekat Cahaya Jadi Artis Yang Baik’

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular