Che Ta Persoal ‘Aib’ Artis Lelaki Dah Lapan Tahun Ambil Dadah Didedah Kepada Umum – ‘Penting Sangat Ke Nak Sebar?’

Shopee Sale


Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa tidak setuju selepas aib seorang artis lelaki yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah disebarkan kepada khalayak ramai.

‘Penting ke sebar aib?’

Menerusi perkongsian dibuat Astro Awani di Instagram (IG), Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta mempertikai tindakan mendedahkan kegiatan pelawak tersebut yang didakwa sudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah selama lapan tahun.

Menurut Che Ta, kenyataan yang dikeluarkan hanyalah untuk kegunaan pihak polis dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.

Penting sangat ke nak sebar aib orang macam ini?

‘Statement’ ini cuma untuk pengetahuan polis je kot.

Netizen tak setuju

Komen yang ditinggalkan Che Ta kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya tidak ‘sekepala’ dengan pendapat pelakon filem ‘Rasukan Ablasa’ itu.

Terdahulu, seorang selebriti lelaki dilaporkan telah ditahan di sebuah rumah teres bersama dua peket lutsinar disyaki ganja.

Dia ditahan selepas sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang membuat serbuan pada jam 3.10 petang dan menahan suspek berusia 41 tahun itu.

MENARIK:  [VIDEO] Azzahra Ahmad Tak Buat Laporan Polis Terhadap Jay Iswazir – ‘Walaupun Sakit, Saya Tetap Rasa Simpati & Belas Kasihan’

Siasatan polis menemui dua peket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.

Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular