Chef Wan Letih Layan Drama Anak-Anak, Akur Bayar RM150k Kepada Bekas Menantu

Shopee Sale


Chef selebriti nombor satu negara, Chef Wan akur dan reda selepas diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya iaitu Gavin Edward O’Luanaigh berhubung penerbitan berunsur fitnah di platform media sosial.

Letih layan drama anak-anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail turut mengakui bahawa cara dirinya menunjukkan kebenaran adalah salah kerana telah ‘menyerang’ bekas menantunya itu di media sosial.

Awal tahun ini saya diberitahu tentang rayuannya (bekas menantu) di mahkamah rayuan telah memihak kepadanya.

Walaupun saya berusaha untuk membuktikan kebenaran tetapi peguam saya mengatakan bahawa cara saya ‘menyerangnya’ di media sosial adalah salah.

Jadi, bukan lah cerita saya itu tak betul. Untuk ini, saya menerima keputusan mahkamah.

Tambah Chef Wan, dia bersyukur kerana kehidupan anaknya, Serina Redzuawan lebih bahagia selepas berpisah dengan O’Luanaigh.

Menurut chef berusia 66 tahun itu lagi, dia juga sudah letih untuk melayan ‘drama’ melibatkan kehidupan anak-anaknya.

Letih dah saya menanggung drama minggu anak-anak dan keluarga saya. Ia meletihkan!

Kadang-kadang hidup boleh jadi sangat tidak adil kepada bapa mentua yang hanya ingin menegakkan kebenaran.

Tak apa lah. Perkara yang baik ialah kami akhirnya berjaya menyingkirkannya dalam hidup kami dan anak perempuan saya kini mempunyai kehidupan yang lebih bahagia. Alhamdulillah.

Duit itu pada saya seperti buih di lautan dan esok akan adanya rezeki. Kita kerja, dapat lah balik duit itu. Yang lebih penting dalam hidup kita, kita mesti mengelakkan semua drama dan orang yang tidak bertanggungjawab ini dalam hidup kita.

Di akhir hantaran, Chef Wan berharap apa yang berlaku kepadanya menjadi pengajaran buat para lelaki terutama sekali kepada mereka yang bergelar ayah dan juga suami.

MENARIK:  [VIDEO] ‘Kenapa Dia Masih Tidak Puas Hati, Sangat Tak ‘Gentleman’… Ada Nombor Saya Kan’ – Muaz Zabir

Untuk info, selain ganti rugi bernilai RM150,000, Chef Wan juga diarahkan untuk membayar kos untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebanyak RM40,000.

Terdahulu, O’Luanaigh telah memfailkan saman fitnah itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa lapan hantaran yang dibuat bekas bapa mentuanya itu di media sosial mengenai dirinya dan isteri terkini adalah fitnah.

Mahkamah Tinggi Shah Alam sebahagiannya membenarkan tuntutan O’Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mertuanya daripada menerbitkan sebarang dakwaan libel dan palsu terhadapnya pada 11 Mei 2023.

Hakim Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.

Untuk rekod, O’Luanaigh yang memeluk Islam pada 20 November 2006 telah mendirikan rumah tangga dengan anak Chef Wan yang juga merupakan pelakon iaitu Serina Redzuawan pada 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2017.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular