‘Childfree Adalah Ideologi Bodoh, Telah Guris Hati Pejuang Macam Saya’ – Achey

Shopee Sale


Achey

Pelakon dan pelawak Achey tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya bersuara mengenai kenyataan yang dikeluarkan sepasang suami isteri memberitahu mereka mendirikan rumah tangga bukan untuk memiliki cahaya mata.

Hati terguris

Achey

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, dia menyifatkan fahaman pasangan tersebut sebagai satu ideologi yang kurang bijak.

Malah, Achey akui hatinya terguris dengan kenyataan tersebut memandangkan dia dan isteri sentiasa berjuang untuk dikurniakan zuriat.

Itu adalah ideologi yang bodoh. Minta maaf, tapi dari sudut itu saya tidak suka. Banyak lagi perkara lain yang boleh kau benci atau tak suka. Tetapi kenapa perlu melibatkan cahaya mata. Secara tidak langsung kau telah mengguriskan hati pejuang-pejuang macam saya.

Kes saya pula jika mengikut sains dan perubatan, isteri saya memang sudah tidak boleh hamil sebab dah potong kedua-dua tiub kiri dan kanan. Kecuali diizinkan Allah.

Satu hari saya harap pasangan itu akan terbabas. Bukan terbabas kereta, tetapi terbabas dikurniakan cahaya mata. Dik, saya percaya kalau suatu hari kalian dikurnikan cahaya mata pasti akan faham apa itu nikmat sebenar yang dipanggil seorang ibu bapa.

Achey memaklumkan mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.

Dalam temu bual sama, Achey turut mempersoalkan nilai kemanusiaan dalam diri pasangan tersebut selain meminta mereka untuk merenung dan muhasabah diri.

Saya tidak setuju jika mereka berdua kata memang tidak mahu ada anak, tetapi kalau mereka kata merancang belum mahu ada sehingga ada ekonomi yang kukuh saya boleh terima jawapan sebegitu.

Mana nilai kemanusiaan kau. Saya masih ingat apa yang dikatakan mereka ‘nanti anak macam mana, siapa nak jaga, kalau dah besar nanti perangai bagaimana’

Cuba renung balik perangai kalian apabila kata begitu. Pasti mak ayah kau kecewa dengan kenyataan kalian.

Terdahulu, tular sepotong video yang memperlihatkan pasangan suami isteri memberi pendapat mengenai zuriat dan isu ‘childfree’.

MENARIK:  ‘Penyatuan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Merupakan Pencapaian Membanggakan Sepanjang Huzz Bergelar Wartawan’

Kata pasangan tersebut, mereka merancang untuk tidak mahukan zuriat dan berpendapat kehadiran anak dalam rumah tangga disifatkan sebagai satu beban.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular