Cik Epal Dedah Pernah Minta Maaf Tiap Hari & Cuba Perbaiki Hubungan Dengan Jofliam – ‘Tapi Duda Aku Cakap, Dah Terlambat’

Shopee Sale


Usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal mendedahkan kisah perit di sebalik pergolakan rumah tangganya dengan Jofliam, di mana dia berusaha sehabis baik untuk memperbaiki hubungan mereka demi anak-anak.

Cik Epal pernah minta maaf

Menerusi hantaran di Instagram, Cik Epal atau nama lengkapnya Murni Mahmud mengakui pernah merendahkan egonya dengan meminta maaf setiap hari hanya untuk mengelakkan daripada timbulnya masalah yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga bersama bekas suami, Jofliam.

Jangan cakap fasal ego. Aku buang jauh ego aku. Salah aku atau tidak, hari-hari aku minta maaf. Aku cuba perbaiki hubungan sebab aku tak nak Han dan Yuki ada broken home.

Waktu ni aku dah bercerai tapi jawapan duda aku hanyalah ‘dah terlambat’.

Selain itu, Cik Epal turut mengakui hatinya semakin hancur selepas insiden yang berlaku di Milan melibatkan Jofliam dan Dewi.

Cik Epal akui kejadian tersebut telah memberi tamparan hebat sehingga menutup hatinya untuk kembali dan memperbaiki hubungan bersama Jofliam.

Ok. Aku dah usaha untuk rujuk pada mulanya cuma dengan kes Milan, buat hati aku hancur dan terus tertutup untuk duda aku. Aku rasa Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan sudah bercerai dengan suami selepas 10 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan.

MENARIK:  Ryzal Jaafar Puji Fathia Latiff Masih Nampak Lawa Walaupun Netizen Buat Perbandingan Dulu & Sekarang

Imbas kembali, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular