CU Mart Dah Ada Kat Jengka? Kami Kongsikan Antara Makanan Yang Korang Boleh Cuba!

Shopee Sale


Annyeong peminat K-Drama dan makanan Korea, kami ada berita gembira yang nak dikongsikan ni, khususnya buat korang yang tinggal di Jengka!

Korang tahu tak yang CU Mart baru sahaja membuka cawangan barunya di Jengka. Yeay!

Kredit: OHBULAN

Haa..apa lagi, bolehlah korang serbu CU Mart sekarang dan nikmati makanan dan minuman best-best kat sana. Yang penting sedap dan murah!

Jom kami kongsikan apa yang korang boleh cuba!

1. K- Cheezy Corn Sausage

Kredit: OHBULAN

Kalau ke CU Mart, tak sahlah kalau korang tak try corndog ni. Boleh kata dah macam signature menu dah. Kerangupan batter corndog, disalut pula dengan sos cili dan keju mmg marvellous!

2. Hot & Spicy Rabokki with Chicken Mandu

Kredit: OHBULAN

Fuh, bayangkan gabungan tteokbokki dan ramen dalam sup pedas yang cukup rasa, telur rebus, ditambah pula dengan chicken mandu, memang meal yang lengkap untuk hidangan makan tengahari korang.

3. Dak Gang Jeong

Kredit: OHBULAN

Siapa je tak suka korean fried chicken kan? Didatangkan dengan dua flavour iaitu K-Hot & Spicy and Honey Butter, korang wajib cuba!

4. Chili Padi Beef

Kredit: OHBULAN

Nak nasi pun ada! Set Chili Padi Beef ni lengkap dengan nasi, kimchi, daging cili padi dan telur goreng. Yummy!

MENARIK:  Aedy Ashraf Tak Cemburu Sharnaaz Ahmad ‘Post’ Gambar Dengan Amelia Henderson – ‘Dia Abang Saya’

5. Air pelbagai perisa

Kalau korang nak cuba minuman dengan perisa-perisa unik, CU Martlah tempatnya!

Kredit: OHBULAN

Terdapat variasi air berperisa seperti Green Grape Ade, Blue Lemon Ade, Grapefruit Honey Black Tea dan banyak lagi lah! Menariknya, ais pun ada dua perisa yang korang boleh pilih iaitu blue lemonade dan green grape! 

Kredit: OHBULAN

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom serbu CU Mart berdekatan korang dan cuba banyak lagi menu lazat yang menarik di sana!

 

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular