Dah 5 Tahun Kahwin Tapi Tak Move On! Suami Mengaku Rindu Bekas Kekasih, Siap Stalk IG

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, setiap pasangan suami isteri pasti melalui pasang surut dalam rumah tangga. Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang lelaki bergelar suami mendedahkan masih belum melupakan bekas kekasihnya.

Suami rindu bekas kekasih

Sekadar gambar hiasan

Menerusi satu luahan yang dikongsikan semula di aplikasi X, lelaki terbabit akui meskipun dia sudah lima tahun mendirikan rumah tangga tetapi sehingga kini, dia masih merindui dan tidak dapat melupakan bekas teman wanitanya.

Aku dah kahwin lebih 5 tahun tapi aku masih tak dapat lupakan bekas teman wanita aku. Dia dan block aku dari semua tempat. Aku macam loser, buat akaun fake semata-mata nak follow dia, nak tengok kehidupan dia. Akhirnya aku berjaya follow dia dekat Instagram.

Tambah lelaki ini lagi, lebih kecewa apabila melihat bekas kekasihnya itu hidup bahagia dengan suami dan anak tersayang. Selain memuji wanita itu semakin cantik meskipun sudah bergelar ibu.

Hati aku macam disiat-siat tengok dia life dia happy dengan suami. Aku tahu aku tak layak mohon keampunan dia, alu tinggalkan dia macam tu je sebab nak kahwin dengan perempuan yang aku baru kenal. Walhal dia dan bersam dengan aku dari zaman belajar, dari aku zero sampai lah aku kerja. Sampai sekarang aku persoalkan keputusan aku tinggalkan dia.

Bukan aku tak bahagia dengan perkahwinan aku tapi aku tak boleh lupakan dia. Aku tahu aku masih sayangkan dia tapi nasi dah jadi bubur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya tidak bersetuju dengan cara lelaki itu yang dianggap tidak menghargai isteri. Mereka berpendapat bahawa lelaki terbabit sewajarnya melupakan kisah silam memandangkan masing-masing sudah berkahwin dan memiliki kehidupan dengan pasangan sendiri.

MENARIK:  Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia 2024, Tampilkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular