Da’i Syed Bakal Bergelar Bapa, Syukur Dikurniakan Rezeki Melimpah Ruah – ‘Tinggal Dua, Tiga Minggu’

Shopee Sale


Pendakwah selebriti Da’i Syed memaklumkan dia dan isteri, Hana Ismail sedang menghitung hari menanti kelahiran anak sulungnya.

Artikel berkaitan: Da’i Syed Tarik Balik Rayuan Bela Diri Pertuduhan Kes Merogol

Artikel berkaitan: Da’i Syed & Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

‘Tinggal dua, tiga minggu’

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 29, memberitahu isterinya tidak mengalami simptom kehamilan yang teruk.

Insya-Allah saya dah nak menimang cahaya mata. Isteri saya dah sarat tinggal tunggu lagi dua, tiga minggu.

Hana tak ada apa-apa simptom, tiada alergi, dia baik-baik sahaja tapi rasanya lebih kepada saya. Saya yang banyak mengidam daripada dia.

Disoal tentang jantina bayi yang akan dilahirkan, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat ini bertindak mahu merahsiakan terlebih dahulu.

Sementara itu, Syed bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dalam kerjaya lakonan dan perniagaannya.

Nak jadi ayah ni rezeki makin banyak, Alhamdulillah. Dapat tawaran berlakon filem, ada buat agensi pelancongan dan isteri saya menjual batu-batu kristal.

Syed berkata demikian semasa ditemui di majlis doa selamat filem Dajal yang diadakan di Metrowealth, Petaling Jaya, semalam.

MENARIK:  ‘Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak Dengan Penyakit Skizofrenia’

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Hana Ismail pada 3 Disember 2022.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular