Daiyan Trisha Nekad Batal Kontrak Selepas Nama Tersenarai, Netizen Puji – ‘Sangat Berani, Artis Pertama Sanggup Terminate’

Shopee Sale


Daiyan Trisha

Selepas menerima teguran orang ramai, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha nekad membatalkan kontrak dengan beberapa jenama pro Israel.

Batal kontrak

Daiyan Trisha

Menerusi hantaran di Instagram Story, Daiyan berkata dia bersyukur dengan gerakan #Blockout2024 yang dilakukan orang ramai sekaligus telah menyedarkan dirinya mengenai nasib rakyat Palestin.

Harap maklum bahawa kita (artis) semua mempunyai kewajipan kontrak yang berbeza terhadap jenama yang berbeza.

Saya bersyukur kerana saya telah dibenarkan untuk menamatkan kontrak saya lebih awal dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama rapat.

Saya menghargai pemahaman semua orang. Saya bersyukur kerana isu ini membawa kita semua kembali fokus kepada Palestin.

Dalam hantaran sama, aktres itu meminta orang ramai agar tidak berhenti menyatakan sokongan terhadap nasib yang menimpa saudara Islam di bumi Gaza.

Ini sebenarnya bertindak sebagai peringatan untuk saya juga. Saya berharap kita semua akan terus berjuang untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Saya akan terus menunjukkan pendirian saya. #FreePalestine #AllEyesOnRafah.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji tindakan Daiyan yang berani membatalkan kontraknya.

MENARIK:  Kelab Peminat ‘Back Up’, Dakwa Ning Baizura Hanya Baca Komen Netizen – ‘Ini Masalahnya Bila Rekod Live Orang Bit By Bit’

Kata netizen, Daiyan merupakan artis Malaysia pertama yang berbuat demikian.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular