Dakwa Ada Maklumat & Diminta Tutup Mulut Mengenai Kes Faisal Halim, Polis Cari Imran Suresh

Shopee Sale


Pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh sedang dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan dikeluarnya mengenai kejadian simbah asid membabitkan skuad Selangor FC, Faisal Halim.

Polis cari Imran Suresh

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil kepada polis, bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Mengulas lanjut, Razarudin memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. Namun orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Instagra, Muhammad Imran Suresh mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes selain mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut daripada mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa Faisal Halim.

MENARIK:  ‘5,000 Penonton Banjiri Arena of Stars, Tukar Baju Lebih Daripada Tiga Kali & Nyanyi 20 Lagu Hits’ – Westlife Masih Berbisa!

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular