‘Dari Hari Pertama Sampai Hari Ini Tak Pernah Lepas Tangan’ – Tajul Hadir Ke IPD Bantu Siasatan?

Shopee Sale


Penyanyi Tajul Ariff hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan pada Ahad dipercayai untuk memberi keterangan susulan siasatan kes kemalangan maut Allahyarham Megat Muhammad Thaqief, 24, di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) pada tengah malam 24 April lalu.

Artikel berkaitan: ’14 Tahun Arwah Meninggalkan Kami, Rindu Sangat’ – Keluarga Achik Spin

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Pelik Mengidam Dia Ni’ – Tajul Selamba Makan Ubat Gigi Dengan Nasi Goreng

Tajul tak pernah lepas tangan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa kemalangan tersebut merupakan anak kepada Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) iaitu Ayob Abdul Majid.

Terdahulu, Ayob pernah memohon seorang artis terkenal supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk membantu kes kemalangan itu.

Kehadirannya amat penting bagi memberikan fakta-fakta untuk melengkapkan siasatan kes kemalangan maut ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Tajul memuat naik gambar di IPD dan memaklumkan dia tidak pernah lepas tangan untuk membantu kes berkenaan.

Semoga dipermudahkan semua urusan Tajul. Dari hari pertama sampai hari ini tak pernah lepas tangan bantu siasatan.

Kemalangan meragut nyawa Megat Muhammad Thaqief yang menunggang motosikal berkuasa tinggi ketika itu berlaku apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita berhenti secara mengejut dan mengubah laluan mengakibatkan mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar kereta terbabit.

MENARIK:  Ciapan AG Coco Menceritakan Pendapatnya Mengenai Kekayaan dan Kuasa Undang-Undang dalam Spekulasi - 'Saya Tidak Menyukai Hal-Hal yang Tidak Etis' [VIDEO]

Allahyarham mengalami kecederaan di kepala dan leher dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan disahkan meninggal dunia.

Menurut Ayob, menerusi perbualan dengan anak saudaranya (sepupu Megat), artis itu antara yang bersama Allahyarham menunggang motosikal sebelum kemalangan ini.

Difahamkan, artis terbabit enggan memberi kerjasama kerana bimbang dipandang negatif berikutan terbabit dengan kejadian itu.

Jenazah Megat Muhammad Thaqief kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular