Datuk Red Akui Tidak Terurus Selepas Bercerai, Terpaksa Tidur Dalam Kereta – ‘Dalam Hati Tiada Siapa Tahu’

Shopee Sale


Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red reda bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, pada Selasa.

Artikel berkaitan: ‘Kejar Masa Depan & Kalau Mereka Bertemu Jodoh Sekalipun, Saya Okay Tapi Jaga Anak Elok-Elok’ – Datuk Red

Artikel berkaitan: Datuk Red Sah Cerai Talak Satu Dengan Datin, ‘Hilang’ 2 Isteri Sekali Gus Dalam Tempoh 21 Hari

‘Nampak tenang, dalam hati siapa tahu’

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Red terpaksa akur dengan kehendak bekas isterinya.

Berat hati untuk saya buat keputusan ini (bercerai), namun saya reda.

Saya sudah puas pujuk dan minta diberi peluang untuk memperbaiki kehidupan dari segi kewangan.

Malangnya, rayuan saya tidak diterima dan perjalanan perceraian tetap diteruskan. Kalau saya tak lafaz cerai, takut lagi panjang cerita.

Baru tiga minggu lalu saya ceraikan Adira, hari ini saya ceraikan isteri pertama pula.

Meskipun kelihatan tenang berdepan konflik rumah tangga, Datuk Red akui melalui tempoh sukar dalam kehidupannya sehingga terpaksa menginap di dalam kereta.

Mereka hanya nampak dari segi luaran. Hakikatnya dalam hati tiada siapa tahu. Setiap kali selepas solat, saya akan mengadu pada Allah SWT sambil menangis.

Banyak perkara menyedihkan berlaku dan kehidupan saya memang tidak terurus. Saya baru sahaja menyewa pejabat dan sebahagiannya menjadi tempat untuk saya menginap.

Disebabkan itu, saya terpaksa tidur dalam kereta sementara proses renovasi selesai.

Terdahulu, Adnan, 46, melafazkan talak terhadap Sharifah Norshafila, 38, pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mod Tohar.

MENARIK:  Michelle Yeoh Terima Pingat Kebebasan Daripada Presiden AS

Pada 23 April lalu, Adnan menceraikan isteri keduanya iaitu penyanyi Adira Suhaimi, 32, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular