Datuk Red Sah Cerai Talak Satu Dengan Datin, ‘Hilang’ 2 Isteri Sekali Gus Dalam Tempoh 21 Hari

Shopee Sale


Datuk Red

Usahawan Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila pada jam 10.40 pagi Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor.

Cerai talak satu

Datuk Red

Memetik laporan Gempak, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, membacakan lafaz cerai tersebut di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah bersetuju untuk tidak menuntut nafkah iddah dan mutaah daripada bekas suaminya.

Sementara itu, sebelum lafaz cerai dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali terakhir.

Datin Red juga memaklumkan dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.

Imbas kembali, Sharifah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada penghujung Januari lalu.

Selain Sharifah, isteri kedua Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu dan sah bercerai pada 24 April lalu.

MENARIK:  Atikah Suhaime Pernah Dilabel Sombong Oleh Bapa Mentua – ‘Dia Ada Satu Aura’

Untuk rekod, hasil perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama, mereka mempunyai lima orang cahaya mata.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular