DBKL Arah Henti Penganjuran Festival Makanan Di Setapak, Terima Aduan Kesesakan Jalan Raya & Tiada Lesen Hiburan

Shopee Sale


Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang telah dibuka bermula Khamis lepas dijangka tamat esok pada 12 Januari.

Arahan DBKL

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penutupan segera susulan aduan kesesakan lalu lintas yang menggangu penduduk setempat.

Kesesakan lalu lintas yang melampau telah menganggu penduduk di kawasan terbabit, pejabat saya telah menyusuli dengan tindakan ke pihak berkuasa.

Sehubungan itu, pihak penganjur Havoc Food Fest telah diarahkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memberhentikan penganjuran Havoc Food Festival bermula hari ini.

Menurut Nik Nazmi, penganjuran acara ini dijalankan tanpa lesen hiburan yang sah daripada pihak DBKL.

Saya dimaklumkan bahawa permohonan penganjur untuk memohon lesen bagi mengadakan festival tersebut telah ditolak sebanyak dua kali atas sebab permohonan lewat dan aduan daripada penduduk setempat mengenai halangan lalu lintas.

Dalam pada itu, Nik Nazmi mengingatkan para penganjur untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dan mengambil maklum keadaan penduduk sebelum menjayakan apa-apa acara.

MENARIK:  [VIDEO] Datuk Red Perkenal Bekas Isteri Pertama & Suami Kepada Adira

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular