‘Dekat 80 Ribu Orang Tengok Instagram Story Saya, Apa Kata Kita Sedekahkan Al-Fatihah & Doakan Saudara Di Sana’

Shopee Sale


Nampaknya nama pelakon Muaz Zabir masih menjadi perhatian netizen di media sosial berikutan kontroversinya bersama Bella Astillah, sebelum ini. Bukan itu sahaja, penyanyi Aliff Aziz turut mendesak Muaz supaya bercakap benar mengenai apa yang berlaku di antara dirinya dan Bella.

80 ribu orang tengok Instagram Story

Terbaru, Muaz mengakui bahawa ramai orang melihat Instagram Story miliknya sejak tercetusnya kontroversi tersebut. Ujar Muaz, hampir 80 ribu orang melihat posting yang dimuat naik olehnya itu.

Justeru, Muaz mengambil peluang yang ada untuk meminta netizen sedekahkan Al-Fatihah dan doa buat saudara di bumi Palestin.

Dah alang-alang dekat 80 ribu orang tengok story saya sejak kebelakangan ini. Apa kata kalau kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan saudara kita di sana. Mari kita lakukan apa yang kita mampu.

Untuk kawan-kawan yang bukan beragama Islam, korang boleh berdoa dengan cara korang. Sebab ini bukan melibatkan agama tetapi ia melibatkan hal kemanusiaan.

Terdahulu, Muaz tidak memberi sebarang komen berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Aliff Aziz di Melodi.

Hasil pemerhatian pihak pada masa itu, Muaz dipercayai sedang sibuk menjalani penggambaran. Lebih mencuri tumpuan, pemilik nama Muaz Mohamad Zabir ini meletakkan lagu ‘Sayang Sayang’ nyanyian Aliff Aziz di Instagram Story miliknya.

Sebelum ini juga, Muaz berkata, dia sudah berulang kali meminta maaf dan menganggap penyanyi kelahiran Singapura itu bukan seorang lelaki sejati apabila terus berkongsi isu yang berlaku dalam satu temu bual podcast.

MENARIK:  Mimi Fly Jawab Dakwaan Suka Kaum Sejenis – ‘Selalu Kena Panggil, Lesbian Ke?’

Dakwa Muaz, Aliff seakan mempunyai niat tidak baik terhadap dirinya dan Bella berdasarkan mesej perbualan WhatsApp antara Aliff dan individu dikenali NRF seperti yang diviralkan oleh pelakon Didi Astillah.

Bukan itu sahaja, Muaz sempat menasihati pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu supaya berhenti memburukkan dan mengaitkan lagi namanya dalam isu kontroversi yang berlaku.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular