Demi Wang Pencen RM7k Sebulan, Anak Sorok Mayat Bapa Berusia 100 Tahun Dalam Rumah

Shopee Sale


Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana mahu mendapatkan bayaran pencen bulanan bapa, seorang wanita tergamak menyembunyikan mayat lelaki itu yang berusia 100 tahun.

Sorok mayat dalam rumah

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan South China Morning Post, perbuatan suspek yang berasal dari Kaohsiung, Taiwan, China itu terbongkar selepas dia tidak membenarkan operasi pembasmian nyamuk aedes dijalankan di kediamannya, sehingga didenda 60,000 Taiwan Dollar (RM8,766).

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah melakukan penggeledahan di kediaman tersebut dan apabila ditanya keberadaan bapanya, suspek menjawab lelaki itu kini berada di pusat jagaan. Namun apabila ditanya lagi, suspek memberikan jawapan berbeza dan memberitahu bapanya itu menetap bersama abangnya. Selepas diperiksa ternyata abang suspek telah meninggal dunia 50 tahun lalu.

Berikutan itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut dan akhirnya menemukan sebuah beg plastik hitam berisi rangka tulang yang merupakan milik mendiang bapa wanita berkenaan di rumah tersebut.

Wanita tersebut kemudian dibawa ke hospital selepas mendapat kesihatan mentalnya berada dalam keadaan lemah.

MENARIK:  [VIDEO] Zahirah MacWilson ‘Cair’ Dengar Sebutan ‘I Love You’, Tak Jadi Marah Isaac Tumpahkan Slime Atas Karpet

Difahamkan, bapa suspek merupakan pesara tentera di Taiwan dan menerima sebanyak 49,379 Taiwan Dollar (RM7,205) sebulan.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular