‘Dengan Nama Allah Fazura Tidak Pernah Bercerita Hal Rumah Tangga Dia Dengan Saya’ – DJ Sonic

Shopee Sale


Sebelum ini, penyampai radio DJ Sonic mengakui aktres Nur Fazura merupakan seorang insan yang baik, kuat bekerja dan sentiasa mengutamakan keluarga dalam apa jua urusan.

Terbaru, menerusi temu bual bersama , DJ Sonic memberitahu, sahabat baiknya itu tidak pernah bercakap buruk mahupun bercerita mengenai masalah rumah tangga kepada sesiapa.

Dia selalu puji dan tak bercerita

Menurut Sonic, dia ada berjumpa dan keluar bersama Fazura sebelum isu memfailkan cerai viral di media sosial. Ujar Sonic, sepanjang keluar bersama, Fazura tidak bercerita mengenai masalah rumah tangganya dan dia nampak okey pada waktu itu.

Dengan nama Allah Fazura tidak pernah bercerita hal rumah tangga dia dengan saya.

Mengenali Fazura, dia tak pernah bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya dia selalu memuji suaminya itu seorang bapa yang baik.

Tambah Sonic, Fazura mahupun Fattah sangat disenangi individu sekeliling kerana sering memberi aura positif.

Keluarga Fattah dan Fazura sangat rapat sebenarnya. Jadi, apa yang belaku sekarang ini, kita doakan yang terbaik. Fattah adalah sebaik-baik manusia, Fazura juga begitu cuma saya tak boleh sentuh tentang apa yang berlaku sekarang.

Hanya respons emoji menangis

Disoal sama ada menerima respons daripada Fazura ataupun tidak selepas berkongsi cerita keperibadian pelakon filem ‘Pisau Cukur’ itu di media sosial, Sonic menjawab Fazura hanya membalas emoji menangis di hantarannya.

Dia balas Instastory saya dengan emoji menangis. Dia tahu apa yang saya tulis itu adalah cerita susah senang kami bersama, tapi dia tidak beri komen apa-apa tentang rumah tangganya.

Berbicara lebih lanjut, Sonic yang ditemui pada Majlis Pengumuman Malam Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 36 (ABPBH36) di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur pada malam Rabu, turut berkata, apa yang diluahkan olehnya itu sangat ikhlas dan datang daripada hatinya.

Saya hanya menyentuh pasal Fazura kerana saya bukan datang dari keluarga senang. Sewaktu saya sampai di Kuala Lumpur, Fazura orang yang beri rezeki kepada saya. Setiap bulan saya tiada masalah nak bagi wang kepada keluarga di kampung. Pernah suatu masa saya tiada duit, Fazura juga yang bantu.

Terdahulu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor memfailkan cerai terhadap Fattah.

MENARIK:  ‘Tengoklah Drama Ini, Penat Kami Bekerja’ – Ummi Nazeera Harap Netizen Tak Boikot Drama Dengan Aliff Aziz

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular