Dharma Harun Selesai Lunas Hutang Sewa Rumah Tertunggak, Tak Bercadang Pindah Tempat Tinggal

Shopee Sale


Pelakon Dharma Harun Al-Rashid memaklumkan sudah melunaskan hutang bayaran sewa rumah yang tertunggak kepada pemilik kediamannya di Wangsa Maju.

Artikel berkaitan: Anak Dharma Harun Perlu Habiskan Pengajian, Nafi Enggan Bantu Keluarga – ‘Tamat Saja Saya Cuba Dapatkan Kerja Tetap’

Artikel berkaitan: PMX Hulur Bantuan Kepada Sarimah Ahmad & Dharma Harun – ‘Semoga Mereka Dikurniakan Afiyah’

Kekal menetap di Wangsa Maju

Memetik laporan Harian Metro, Dharma berkata, dia belum bercadang berpindah tempat tinggal namun tidak menolak sekiranya menetap di kediaman perumahan rakyat (PPR).

Bagaimanapun, dia dan keluarga telah mencapai kata sepakat untuk kekal menetap di kediaman sekarang, selagi mampu membayar sewa.

Buat masa ini, segala hutang bayaran sewa rumah yang tertunggak sudah pun dilunaskan kepada pemilik. Jadi, Alhamdulillah semuanya sudah diselesaikan dengan wang bantuan diterima itu.

Saya tidak bertangguh lama untuk buat bayaran kepada pemilik rumah dan kami juga masih dibenarkan terus menyewa di kediaman ini. Cuma, bukan kami (sekeluarga) tidak mahu berpindah, tapi kena fikir kewangan juga.

Kalau nak pindah pun, nak duit juga. Keluar rumah pun nak kena kemas barang dan dalam keadaan saya sekarang ini yang kurang sihat sebab demam teruk sejak tiga hari lalu, kenalah berehat.

Mengulas tentang perkembangan pertemuan bersama Pusat Zakat, Dharma memberitahu dia belum berkesempatan membuat perbincangan semula atas faktor kesihatan yang kurang baik.

Tengoklah macam mana, selepas sihat mungkin saya akan pergi berjumpa dengan pihak berkenaan (Pusat Zakat).

Sekarang, saya demam lagi sebab rasanya kurang rehat. Sejak seminggu dua ini, saya memang terlalu sibuk dan banyak urusan nak kena buat.

Orang pun ramai yang nak berjumpa dengan saya sebab nak hulur bantuan. Apapun, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan prihatin dengan keadaan saya sekeluarga alami.

Terdahulu, Dharma berdepan masalah kewangan kerana gagal membayar sewa rumah tertunggak sebanyak RM7,500.

MENARIK:  Baby Shima Terdedah menerima DM berunsur lucah dengan munafik bertopengkan kopiah

Malah, Dharma dan keluarganya juga difahamkan sudah menerima notis untuk mengosongkan kediaman yang disewanya di Wangsa Maju sehingga hujung Jun ini daripada pemilik.

Selain itu, dua anaknya iaitu Siti Qurratu Aini, 36, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, tidak bekerja kerana masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Sejak kisah masalah kewangan dihadapi itu tular, Dharma menjadi perhatian ramai termasuk beberapa pihak seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Pusat Zakat dan Yayasan Budi tampil membantunya.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular