Diana Danielle Luah Hasrat Mahu Biaya Pelajaran Bagi Pelajar Tidak Berkemampuan – ‘Saya Faham Nasib Mereka’

Shopee Sale


Pelakon Diana Danielle menyatakan hasrat murninya untuk membantu membiayai kos pendidikan bagi pelajar yang memerlukan.

Niat baik

Diana Danielle cerai

Menerusi hantaran di platform X, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson meminta bantuan warganet bagaimana untuk dia menyalurkan sumbangan tersebut.

Boleh bantu saya tak? Macam mana saya nak bantu biaya pelajaran adik-adik di sekolah dan universiti?

Macam mana nak memberi kepada mereka yang memerlukan?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi senarai universiti dan institusi bantuan pendidikan sebagai rujukan untuk Diana.

Dipuji netizen

Dalam masa yang sama, mereka juga memuji niat baik pelakon filem Magika itu kerana ingin menolong meringankan beban pelajar.

Bestnya berduit. Semoga Allah balas kebaikan dan semoga aku pun dapat buat kebaikan macam ini.

Aktres berusia 32 tahun tersebut kemudian membalas komen itu dan menjelaskan bahawa dia memahami nasib pelajar yang kurang berkemampuan.

Bukan, kalau ikutkan nafsu takkan pernah cukup. Saya tak kaya tetapi cukup untuk keluarga. Cuma saya faham nasib mereka yang tiada sumber (kewangan) untuk belajar. 

Saya bukan hanya fikirkan pelajar universiti, sekolah rendah pun boleh. Mana-mana yang ada kekangan sikit-sikit jadi kita boleh bantu.

MENARIK:  Goreng Bihun Sambil Buat ‘Live’, Siti Nurhaliza Sempat Berseloroh – ‘Like Bagilah 1 Juta, Fattah Amin Ja Korang Bagi’

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular