Dina Nadzir Berjaya Harungi Titik Terendah Dalam Hidup Selepas Dengar Karya Aina Abdul – ‘Lagu Imaji Tarik Saya Keluar Dari Depression’

Shopee Sale


Dina Nadzir

Penyampai radio dan penyanyi, Dina Nadzir memberitahu dia berjaya keluar daripada masalah kemurungan selepas mendengar lagu berjudul Imaji nyanyian Aina Abdul sejak beberapa hari lalu.

‘Keluar dari masalah depression’

Dina Nadzir

Menerusi hantaran di Instagram Story, Dina berkata lagu tersebut telah memberikan inspirasi serta membantunya menempuhi satu titik terendah dalam hidup.

Kepada Aina Abdul. Sejak lima hari lalu, saya tidak memainkan lagu lain selain lagu Imaji. Karya ini telah membantu saya melalui satu fasa yang sukar dalam hidup saya.

Lagu ini juga telah keluarkan saya dari kebiasaan. Menarik saya keluar dari masalah depression (kemurungan).

Pada hantaran sama, Dina memberitahu lagu Imaji juga memberikan sumber kekuatan dan harapan untuknya.

Lagu ini juga memberikan saya kekuatan, beri harapan. Ia juga membantu saya berlawan dengan syaitan (musuh) diri saya sendiri. Saya sedar dalam diri saya adalah phoenix.

Sementara itu, Aina yang mengulang siar semula hantaran tersebut di Instagram Story miliknya mengucapkan terima kasih kepada Dina.

Sekadar info, lagu Imaji antara salah satu daripada 14 buah lagu yang terkandung dalam album sulung Aina berjudul IMAJI.

MENARIK:  [VIDEO] Aliff Awang Dedah Sudah Tinggalkan Dunia Forex? – ‘Aku Dah Setahun Tak Buat Benda Bod*h Tu’

Lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular