Dipaksa Kahwin Dengan Suami Orang, Kisah Benar Filem Perjalanan Pembuktian Cinta Bikin Penonton Menangis Keinsafan

Shopee Sale


Mengangkat kisah perkahwinan tanpa rela, filem Perjalanan Pembuktian Cinta semestinya menjanjikan sisi unik dan segar kepada penonton Malaysia.

Perjalanan Pembuktian Cinta

Perjalanan Pembuktian Cinta merupakan filem yang diadaptasi daripada novel best seller di Indonesia karya penulis Nusaibah Azzahra. Filem yang mengetengahkan unsur-unsur Islamik dan menjanjikan 90 peratus persamaan keaslian daripada kisah sebenar ini adalah terbitan syarikat produksi dari Indonesia, Film Maker Muslim (FMM Studios) dengan kerjasama PPA Institute dan Pejuang Subuh.

Menurut pengarah iaitu M.Amrul, Perjalanan Pembuktian Cinta menampilkan jalan cerita yang unik berbanding filem-filem genre yang sama.

Jalan cerita yang dipaparkan akan membuatkan penonton akan lebih memahami lebih dekat dengan mesej-mesej yang terkandung dalam jalan cerita filem ini bagi menempuhi kehidupan seharian.

Pengarah Urusan D’ Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar selaku pengedar filem tersebut untuk tayangan di Malaysia berkata, pihaknya mahu menawarkan sesuatu yang unik dan segar dalam genre filem Islamik romantik.

Dengan jalan cerita yang memberi inspirasi tentang kekuatan wanita mengharungi cabaran hidup. Tarikan filem ini terletak pada kisah benar yang diangkat, watak-watak yang menyerlah dan alur cerita yang tersusun indah.

Gabungan elemen komedi dan drama dan juga latar belakang nilai keagamaan yang seimbang bakal mengadun emosi penonton. D’ Ayu Pictures sudah pasti menyokong kelainian filem ini kerana ia menyaksikan sebuah kisah cinta dan nilai murni agama digabungkan dengan agung yang bakal menyentuh jiwa penonton.

Perjalanan Pembuktian Cinta mengisahkan tentang seorang penghafal atau Hafidzah Al-Quran iaitu Fathia (Dea Annisa) dan Raehan (Teuku Ryan) yang saling menyukai antara satu sama lain. Bagaimanapun, Fathia terpaksa menjauhkan dirinya daripada Raehan atas kepatuhan kepada agama.

MENARIK:  Elak ‘Skurvi’: Pastikan Anak-Anak Dapat Vitamin C Yang Mencukupi!

Pada masa sama, ayah Fathia juga telah memaksa dia untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia dan sudah beristeri. Berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintai dan terpaksa berpoligami membuatkan kehidupan Fathia menjadi lebih sukar.

Diarahkan oleh M. Amrul Ummami, filem tersebut dibintangi ramai pelakon hebat seperti Dea Annisa, Teuku Ryan, Muzakki Ramdhan, Donny Damara, Elma Theana dan ramai lagi.

Sudah ditayangkan di Indonesia sejak 7 Mac lalu, Perjalanan Pembuktian Cinta akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Jun 2024.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular