Doktor Warganegara Malaysia Dipercayai Adik Ipar Individu Ternama Dipenjara, Atas Kesalahan Dera Remaja Secara Seksual Di Dublin

Shopee Sale


Gambar sekadar hiasan

Seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang berasal daripada Malaysia didapati bersalah selepas melakukan penderaan seksual terhadap seorang remaja perempuan di Ireland.

Doktor warganegara Malaysia

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan portal RTE, doktor yang dikenali sebagai Amirul Arif Mohd Yunos itu kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan enam bulan.

Amirul yang mempunyai kediaman tetap di Dublin, Ireland merupakan seorang pakar psikiatri kanak-kanak di pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin.

Ketika pertuduhan dibacakan, Amirul didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di tempat kerjanya pada tahun lepas.

Amirul juga didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak bawah 17 tahun, eksploitasi seksual kanak-kanak serta pertuduhan mengadakan pertemuan dengan kanak-kanak bagi tujuan seksual.

Mengaku bersalah

Gambar sekadar hiasan

Selepas pertuduhan dibacakan, Amirul mengangguk faham dan mengaku bersalah atas enam pertuduhan tersebut dan kini berada dalam penjara atas kesalahan-kesalahan tersebut sejak Oktober tahun lalu.

Difahamkan, Amirul melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi termasuklah di dalam kereta, rumahnya dan di tempat kerjanya.

Hakim Orla Crowe kemudiannya berpendapat kesalahan yang dilakukan Amirul ini adalah satu perkara yang sangat serius yang boleh memberikan kesan teruk kepada mangsa yang terkesan.

MENARIK:  [VIDEO] Melly Goeslaw Tak Tahan Sebak Tengok Mahalini ‘Remake’ Lagu ‘Sampai Menutup Mata’

Susulan itu, Crowe memerintahkan agar Amirul dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun enam bulan bermula dari tarikh dia ditahan.

Sementara itu, kes ini mencuri perhatian di media sosial tempatan dan antarabangsa apabila Amirul difahamkan merupakan adik ipar kepada seorang individu berpengaruh di Malaysia.

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular