Dokudrama “Kem Seribu Daya” Papar Realiti & Risiko Seharian Yang Warga Pendidik Hadapi

Shopee Sale


Tugas guru bukanlah sekadar mengajar dan mendidik semata, tetapi guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak murid di sekolah. Bukan mudah untuk mengendalikan ratusan murid dengan ratusan ragam dan kerenah, silap atau terlepas pandang sedikit mungkin boleh berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Namun guru-guru juga terdedah kepada pelbagai risiko akibat kecuaian mereka. Yelah, malang kan tak berbau.

Haa..kalau sebelum ini, KPM telah menerbitkan sebuah dokudrama berjudul Dakwat Merah Dakwat Biru, kali ini kami akan tampilkan sebuah lagi naskah bertajuk Literasi Undang-undang KPM ‘Kem Seribu Daya’ yang akan merungkai konsep in loco parentis dan konsep berhati-hati dalam menjalankan tugas oleh guru bagi memastikan keselamatan murid-murid yang berada di bawah tanggungjawab mereka.

Dokudrama kali ini mengisahkan Cikgu Aidil yang ingin membawa murid- muridnya menyertai aktiviti di luar sekolah. Selaku guru yang bertanggungjawab sebagai penyelaras program, beliau telah mematuhi semua peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan sebelum aktiviti tersebut dijalankan.

Namun, malang tak berbau, terjadi pula satu insiden yang tak diingini. Apakah yang terjadi?

Akibat degil dan ingkar arahan guru, Syafiq, seorang murid nakal hampir lemas dan tak sedarkan diri. Namun, apa yang dipaparkan dalam babak ini menunjukkan aksi pantas Cikgu Aidil yang cekap dan pantas melakukan CPR dan pertolongan cemas kepada Syafiq.

Siap nak saman-menyaman! Apa kes ni?

Lebih menyedihkan, tanpa usul periksa dan menyiasat punca kemalangan Syafiq, ibu bapanya terus menerus menyalahkan Cikgu Aidil sehingga memanjangkan kes ke peringkat mahkamah. Agaknya apakah nasib Cikgu Aidil? Adakah beliau bersalah dan dijatuhkan hukuman?

Kalau nak tahu kesudahannya, ayuh kita saksikan sama-sama!

Sebenarnya, dokudrama ini menunjukkan senario-senario yang berlaku dalam realiti tugas seharian warga pendidik, sekaligus memaparkan contoh-contoh tauladan yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru.

MENARIK:  ‘Mengumpul Sumbangan Melalui Akaun Bank Persendirian Secara Jelas Adalah Haram Di Korea Selatan’ – Farah Lee

Di samping itu, ia disampaikan untuk menggambarkan situasi realistik yang dilalui setiap hari oleh pendidik sama ada di bilik darjah, semasa aktiviti kokurikulum mahupun aktiviti yang dilaksanakan di luar sekolah.

Selain itu, “Kem Seribu Daya” adalah sebuah dokudrama yang mengetengahkan konsep literasi undang-undang khusus untuk warga Perkhidmatan Pendidikan tanah air. Penerbitan dokudrama ini dijangka dapat meningkatkan pemahaman guru-guru berkaitan literasi undang-undang dan peraturan dalam melaksanakan aktiviti murid di luar sekolah.

Untuk pengetahuan semua, Penghasilan Dokudrama ini adalah sebahagian daripada inisiatif #111 Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Pada akhir dokudrama, korang boleh saksikan Sisipan Komentar Undang-Undang yang menampilkan Puan Farhana Rabidin, Penasihat Undang-Undang KPM dan moderator Fahrin Ahmad.

Semoga bermanfaat!

#HariGuru2024
#GuruJauhariDigitalAspirasiNegaraMADANI
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#terimakasihcikgu

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular