Dolla, Aisha Retno, Tilly Birds, Fabio Asher Meriahkan Banyak Bagus Festival 2024, Dua Hari Berkampung Di Kuala Lumpur

Shopee Sale


banyak bagus

Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 merupakan sebuah festival muzik yang menggabungkan empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina sekaligus meraikan bakat-bakat luar biasa ASEAN kini mengorak langkah pertamanya di Malaysia.

Malaysia jadi lokasi pertama

banyak bagus 3

Selaku Pengarah Syarikat Banyak Bagus Entertainment dan juga penganjur utama konsert, David Chua Boon Ghee,  berkata kali ini mereka memilih slogan ‘Support ASEAN music to the world.’

Saya memilih Malaysia Tanah tumpah darah saya sebagai lokasi pertama kerana sambutan peminat muzik tanah air di sini agak luar biasa.

Sebagai penganjur yang bertahun-tahun membawa artis Malaysia ke luar negara seperti US World Tour, David terharu dengan sambutan dari peminat muzik Malaysia yang menghargai bakat-bakat dari luar negara terutamanya Indonesia, Thailand dan juga Filipina.

BBF yang menampilkan 14 orang artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu bermula semalam (Sabtu) dan hari ini (Ahad) bertempat di MIECC, Kuala Lumpur, jam 3 petang hingga 10 malam untuk kedua-dua hari persembahan.

Antara barisan yang terlibat adalah Dolla (Malaysia), Insomniacks (Malaysia), Jaclyn Victor (Malaysia), Aisha Retno (Malaysia), Tilly Birds (Thailand), Lyodra (Indonesia), Ben & Ben (Filipina), Nanon (Thailand), Getsunova (Thailand), Zack Tabudlo (Filipina), 4EVE (Thailand), LYKN (Thailand), Fabio Asher (Indonesia) dan Atlas (Thailand).

MENARIK:  Badan Letih Dan Tiada Masa ‘Me Time’, Ini Rupanya Produk Yang Jadi Pilihan Para Wanita

Terus dapat sokongan

banyak bagus festival 2

Dalam pada itu, David berharap peminat dunia muzik akan terus memberi sokongan padu kepada BFF.

Saya cuba bawa artis-artis di bawah jenama kolaberasi BBF ini ke tiga negara yang lain sekiranya keadaan mengizinkan dan ini adalah sebuah impian saya untuk dunia muzik.

Peminat muzik perlu beri sokongan yang kukuh untuk menyemarakkan lagi kemeriahan muzik serantau dan Malaysia merupakan lokasi pilihan utama kami.

BFF 2024

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular