Dr Izzar Sokong Kerjaya Ummi Nazeera, Pesan Pilih Naskhah Berkualiti – ‘Apabila Anak-Anak Besar, Bangga Lihat Lakonan Ibu Mereka’

Shopee Sale


Ummi Nazeera

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar memberitahu, dia tidak meletakkan sebarang syarat dan batas kepada isterinya ketika menjayakan watak dalam naskhah dibintangi.

Ummi tahu batas

Ummi Nazeera

Izzar berkata, dia percaya Ummi tahu batas yang perlu dijaga dan mereka sudah membincangkan hal tersebut sebelum mendirikan rumah tangga.

Saya tidak meletak sebarang batas kepada Ummi, saya memberi kebebasan kepadanya. Tetapi saya percaya Ummi tahu batas yang perlu dijaga.

Malah perkara ini, kami sudah pernah berbincang sebelum kami mendirikan rumah tangga.

Izzar berkata demikian ketika ditemui , di Sri Pentas Bandar Utama, Damansara, baru-baru ini.

Pilih karya berkualiti

Ummi Nazeera

Tutur Izzar lagi, dia ada berpesan dengan Ummi untuk memilih karya berkualiti supaya suatu hari nanti apabila anak-anak mereka membesar dan menyaksikan semula lakonan ibu mereka akan berasa bangga.

Katanya, Ummi amat mementingkan jalan cerita dan skrip lakonan sesebuah naskah.

Sebelum ambil mana-mana tawaran, Ummi akan pastikan naskhah itu berkualiti untuknya.

Yang paling penting, apabila anak-anak kami sudah dewasa akan bangga melihat karya lakonan ibu mereka.

Setiap kali dapat tawaran, dia akan beritahu saya. Akan maklumkan siapa pengarah, bagaimana jalan cerita, skrip dan sebagainya.

Tanggungjawab tak abai

Ummi Nazeera

Meskipun aktres berusia 34 tahun itu sibuk dengan kerjaya lakonan, namun Izzar memberitahu, Ummi tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua zuriat.

Saya memang menyokong penuh kerjaya Ummi sebagai pelakon. Sebab dia seronok buat kerjaya itu, memang minatnya.

Walaupun sibuk berlakon , Ummi tetap menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri dengan baik.

Untuk rekod, Izzar dan Ummi mendirian rumah tangga pada 23 Julai 2017. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.

MENARIK:  Nabila Razali Mohon Maaf, Isu Ibu Pandu Kereta Tanpa LKM & Insurans

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular