Eda Ezrin & Den Manjo Membawakan Lagu Dialek Kelantan, ‘Cinta Setandan Pisang’ dalam Projek Akhir Tahun di TikTok!

Shopee Sale


Cinta Setandan Pisang

Nama Eda Ezrin dan Den Manjo mungkin agak asing bagi peminat muzik di luar Kelantan. Namun di sebelah Pantai Timur, mereka tergolong antara penyanyi paling top di kalangan penggemar lagu dialek atau loghat Kelantan.

Cinta Setandan Pisang

Cinta Setandan Pisang

Terkini, pasangan duet sensasi itu muncul dengan lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ ciptaan komposer ternama Eddie Hamid dan lirik dihasilkan oleh Mama Ana serta Fadhil Turbo terbitan Kijang Music.

Walaupun dirakam dalam dialek Kelantan, lagu tersebut telah mencipta fenomena apabila diputarkan di stesen-stesen radio nasional negara termasuk Era FM, Suria FM dan Nasional FM.

Lagu tersebut juga ‘FYP’ di platform TikTok dan video muzik rasmi lagu itu telah pun mencapai lebih daripada 900,000 tontonan dalam masa hanya 1 bulan dimuat naik ke YouTube.   

Menurut Eddie, dia mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan lagu yang berentak ‘Etnik Pop Kontemporari’ ini. Katanya, dia mempunyai sebab mengapa memilih Eda Ezrin dan Den Manjo untuk menyanyikan lagu itu. 

Orang luar dari Kelantan mungkin tak kenal mereka tapi di sebelah Pantai Timur, nama kedua-dua mereka ini berada di tangga teratas. Disebabkan populariti mereka itulah saya memilih mereka untuk menyanyikan lagu terbaru ciptaan saya. 

Mereka mempunyai suara yang baik khususnya untuk lenggok lagu dialek Kelantan. Alhamdulillah, percubaan pertama Kijang Music untuk menampilkan mereka berdua mendapat sambutan baik penggemar muzik di seluruh negara . 

Lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ antara lagu yang paling viral kini dan dalam masa dua minggu sahaja lagu ini telah trending di beberapa platform popular termasuk YouTube dan TikTok.

Kita selalu dengar peribahasa ‘pisang tak berbuah dua kali’ atau ‘dalam setandan pisang, pasti ada yang buruk’. Begitu jugalah dengan kehidupan manusia, dalam sesebuah keluarga, pasti ada yang kurangnya.

Lagu ini membawa maksud dalam setandan pisang itu bukanlah semuanya buruk dan begitu juga dengan situasi manusia yang sedang dilambung cinta atau hubungan antara suami isteri, sebaik mana pun hubungan mereka, mesti ada sedikit kekurangannya.

Sementara itu, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 29, dan Den Manjo atau Mohd Hafizudin Md Yusof, 27, melahirkan rasa bertuah kerana diberi kepercayaan oleh Eddie untuk merakam lagu ‘Cinta Setandan Pisang’.   

Ini adalah idea abang Eddie untuk saya (Den Manjo) berduet sekali lagi dengan Eda Ezrin. ‘Cinta Setandan Pisang’ merupakan  lagu ketiga saya berduet dengan Eda Ezrin.

Tak ada masalah sewaktu dalam studio kerana ini bukan kali pertama saya dan Eda menyanyi bersama. Semuanya berjalan lancar dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada abang Eddie. Kami ambil masa sejam lebih saja untuk selesaikan proses  rakaman.

Alhamdulillah, kami bersyukur dapat bekerjasama dengan abang Eddie. Kalau ada rezeki, saya harap lagu Cinta Setandan Pisang’ bukan setakat popular di kalangan peminat Pantai Timur saja, kalau boleh biarlah lagu itu memasuki pasaran arus perdana juga.

Lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ kini boleh distrim disemua perkhidmatan penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Deezer dan KKBox. Video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Kijang Music.

MENARIK:  Keputusan Penuh Pemenang AJL38: Amir Jahari Dinobat Juara Dengan Hasrat Nyanyian

The following two tabs change content below.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular